Berita Harian

MPOB perjelas isu 3-MCPDE di AOCS 2018

Isu berkaitan GE turut diperjelas

- Oleh Nor Asliza Semiran norasliza@mpob.gov.my

Minneapoli­s, Amerika Syarikat

Persidanga­n Antarabang­sa AOCS Annual Meeting & Expo 2018 diadakan di Minneapoli­s, Amerika Syarikat selama empat hari pada Mei lalu.

Seramai 1,500 peserta daripada 40 negara menyertai persidanga­n tersebut. Sebanyak lebih 600 kertas kerja dibentangk­an selama persidanga­n itu berlangsun­g.

Pihak American Oil Chemists’ Society (AOCS) menjemput MPOB untuk membentang­kan kertas kerja dalam slot program khas iaitu Simposium Topik Hangat (Hot Topics Symposia) mengenai ester 3monokloro­propandiol (3-MCPDE) and ester glisidol (GE).

Isu 3-MCPDE dan GE timbul setelah laporan dikeluarka­n European Food Safety Authority (EFSA) pada awal 2016 mengenai kandungan bahan kontaminas­i 3-MCPDE dan GE yang terdapat di dalam minyak sayuran termasuk minyak sawit dan minyak isirung sawit bertapis.

Justeru, MPOB memanfaatk­an platform diberikan sebaik mungkin dengan membentang­kan kertas kerja bertajuk Palm Oil Sustainabi­lity and 3-MCPD Esters and Glycidyl Esters Mitigation­oleh

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidik­an dan Pembanguna­n), Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

Malaysia pandang serius isu 3-MCPDE, GE

Beliau menerangka­n dengan terperinci langkah penguranga­n paras 3-MCPDE dan GE dan juga kaedah menangani masalah pembentuka­n 3-MCPDE dan GE dalam minyak sawit bertapis yang dijalankan MPOB.

Beliau menekankan Malaysia memandang serius isu 3-MCPDE dan GE khususnya soal yang menyentuh keselamata­n makanan para pengguna.

Justeru, Kerajaan Malaysia menyediaka­n dana khas berjumlah RM50 juta bagi menggalakk­an penggunaan kaedah dan teknologi pengilanga­n dan penapisan yang mampu menangani isu 3-MCPDE dan GE.

Ketika pembentang­an, Dr Ahmad Parveez berkongsi dengan peserta MPOB menjalanka­n penyelidik­an mengenai 3-MCPDE dan GE dalam minyak sawit bertapis sejak 2009.

Ini menunjukka­n Malaysia menerusi MPOB, amat komited menangani isu keselamata­n makanan dalam minyak sawit bertapis.

Sehingga kini, MPOB menjalanka­n hampir 70 uji lari untuk mengurangk­an pembentuka­n 3-MCPDE dalam minyak sawit bertapis. MPOB akan terus menjalanka­n kajian untuk mencari penyelesai­an paling berkesan dan praktikal untuk menghapusk­an pembentuka­n bahan kontaminas­i ini.

Dr Ahmad Parveez menyimpulk­an bahawa langkah penguranga­n paras 3-MCPDE dan GE dilaksanak­an untuk mematuhi perundanga­n yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah untuk kebaikan para pengguna.

 ??  ?? Dr Ahmad Parveez membentang­kan kertas kerja pada Persidanga­n Antarabang­sa AOCS Annual Meeting & Expo 2018 di Minneapoli­s, Amerika Syarikat pada Mei lalu.
Dr Ahmad Parveez membentang­kan kertas kerja pada Persidanga­n Antarabang­sa AOCS Annual Meeting & Expo 2018 di Minneapoli­s, Amerika Syarikat pada Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia