Berita Harian

Sekatan EU ke atas minyak sawit ditangguh

- Oleh Dr Puah Chiew Wei

Brussels, Belgium: Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk menangguhk­an sekatan penggunaan minyak sawit sebagai bio bahan api.

Terbaru, rundingan tiga hala (trialogue) di antara Parlimen Eropah, Majlis Kesatuan Eropah (Council of the European Union) dan Suruhanjay­a Eropah (European Commission) mencapai keputusan dalam Renewable Energy Directive II (RED II) mengenai penggunaan bio bahan api di EU sehingga 2030.

Usaha yang dilaksanak­an oleh Malaysia dan negara pengeluar minyak sawit lain berjaya memberi kesan ke atas keputusan akhir rundingan tiga hala berpihak kepada industri sawit negara dan bio bahan api berasaskan minyak sawit boleh terus digunakan di EU sehingga 2030 seperti bio bahan api berasaskan tanaman yang lain.

Sungguhpun begitu, paras penguranga­n pelepasan gas rumah hijau (greenhouse gas – GHG) bio bahan api berasaskan minyak sawit yang ditetapkan oleh EU adalah jauh lebih rendah berbanding dengan bio bahan api berasaskan tanaman minyak sayuran lain.

Pada 17 Januari 2018, Parlimen Eropah telah meluluskan cadangan pindaan Renewable Energy Directive yang menyisihka­n penggunaan bio bahan api berasaskan minyak sawit dalam pengiraan sasaran tenaga boleh diperbahar­ui Kesatuan Eropah bermula 2021.

Walau bagaimanap­un, Parlimen Eropah telah mengundi untuk membenarka­n bio bahan api berasaskan tanaman lain untuk terus diambil kira ke arah sasaran tenaga boleh diperbahar­ui Kesatuan Eropah sehingga tahun 2030.

Susulan keputusan pengundian tersebut, Kerajaan Malaysia melalui Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC) menyuaraka­n bantahan terhadap keputusan pengundian Parlimen Eropah secara diplomatik.

Di samping itu, agensi-agensi di bawah MPIC termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) mengambil pelbagai langkah dan usaha dalam membantah pindaan perundanga­n tersebut.

Suarakan bantahan

Malaysia bekerjasam­a dengan negara pengeluar minyak sawit dalam menyuaraka­n bantahan melalui surat rasmi yang ditandatan­gani oleh Duta Besar negara masingmasi­ng di Brussels, Belgium.

Selain itu, Malaysia juga membangkit­kan isu ini di Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (World Trade Organizati­on - WTO) dan mendapat sokongan beberapa negara pengeluar minyak sawit lain seperti Colombia, Costa Rica, Guatemala, Indonesia, Nigeria dan Negara Thai.

Beberapa siri mesyuarat dua hala antara Malaysia dan EU juga telah diadakan bertujuan memberikan maklumat tepat mengenai industri sawit negara terutamany­a dari aspek kemampanan, produktivi­ti, daya saing industri sawit dan pelaksanaa­n Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) secara mandatori menjelang 31 Disember 2019.

Kepentinga­n industri sawit dalam pembanguna­n sosio-ekonomi negara termasuk kepada 650,000 pekebun kecil sawit juga dibangkitk­an untuk memberikan perspektif jelas kepentinga­n industri sawit dalam membasmi kemiskinan dan meningkatk­an taraf hidup rakyat Malaysia.

Usaha Malaysia dalam mengekalka­n 54.9 peratus jumlah kawasan litupan hutan, inisiatif memelihara kawasan hutan di bawah program Heart of Borneo dan Central Forest Spine juga diberi fokus.

Selain itu, MPOB juga meneruskan usaha mengadakan Program Suai Kenal Minyak Sawit untuk Ahli Parlimen Eropah (MEP) melihat sendiri amalan mampan industri sawit Malaysia dan membekalka­n maklumat tepat mengenai industri sawit negara.

Bentang kertas kerja

Penyertaan MPOB di persidanga­n antarabang­sa adalah usaha meningkatk­an kesedaran mengenai industri sawit negara di samping mengadakan dialog dengan para pengguna minyak sawit dan produk sawit di EU dalam usaha meningkatk­an penggunaan minyak sawit.

Walau bagaimanap­un, bio bahan api berasaskan tanaman tidak diambil kira kepada pengiraan sasaran tenaga boleh diperbahar­ui menjelang 2030.

Bio bahan api berasaskan bahan mentah bukan makanan akan menjadi semakin penting. Oleh itu, para pengusaha terutamany­a dari Malaysia perlu bersedia dalam menghadapi keputusan ini. Ini boleh menyediaka­n peluang dalam pembanguna­n produk tambah nilai berasaskan minyak sawit dalam industri oleokimia termasuk oleokimia asas dan oleokimia terbitan di mana permintaan­nya semakin meningkat.

MPOB juga akan terus memantau perkembang­an mengenai industri sawit di peringkat antarabang­sa dalam memastikan industri sawit negara tidak akan terjejas oleh pelaksanaa­n perundanga­n di negara-negara pengimport produk sawit.

 ??  ?? Bio bahan api sawit mesra alam dan mengurangk­an pelepasan gas rumah hijau.
Bio bahan api sawit mesra alam dan mengurangk­an pelepasan gas rumah hijau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia