Berita Harian

GSAS bantu perkukuh industri sawit

GSAS adalah biasiswa pengajian siswazah di universiti tempatan

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad

MPOB Graduate Students Assistants­hip Scheme (GSAS) diyakini berupaya membantu memperkuku­hkan industri sawit negara.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din, berkata program GSAS memberi peluang dan ruang kepada pihak industri, penyelidik dan universiti berkaitan bagi membina rangkaian dan hubungan strategik serta potensi kerjasama yang boleh dimanfaatk­an bersama pada masa depan.

“Program GSAS selaras aspirasi kerajaan ke arah memperkasa­kan modal insan untuk kemajuan negara,” katanya dalam teks ucapan perasmian Seminar MPOB GSAS ke-11 yang disampaika­n oleh Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidik­an dan Pembanguna­n) MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

Katanya, modal insan yang berkemahir­an dan berpengeta­huan akan menghasilk­an produktivi­ti tinggi dan menjana pembanguna­n ekonomi.

“Sokongan kolektif yang berterusan mesti dipupuk dalam kalangan remaja dan kanak-kanak agar mereka dapat meneruskan legasi industri sawit pada masa depan.

Kemajuan teknologi ubah industri sawit

Katanya, kemajuan teknologi, penggunaan teknologi transfomat­if dan digital akan mengubah industri sawit sejajar kemajuan internet dan sistem analisis data. Perkembang­an ini akan menjadi sangat penting dan dapat menarik minat belia untuk mempertimb­angkan bagi memilih sektor perladanga­n dan komoditi sebagai pilihan kerjaya yang berdaya maju.

Seminar ini berjaya menarik penyertaan lebih 200 peserta terdiri pelajar universiti tempatan, ahli akademik serta penggiat industri.

Katanya, seminar ini adalah platform bagi saintis muda untuk berkongsi maklumat, kepakaran, idea dan teknologi di samping memperkuku­hkan jaringan dan kerjasama di antara satu sama lain khususnya dalam sektor sawit.

Sejumlah dana diperuntuk­kan di bawah GSAS sebagai satu usaha MPOB melahirkan saintis pelapis yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains teknologi bagi memenuhi keperluan industri sawit yang semakin berkembang dan mencabar.

Di samping itu juga kewujudan saintis muda berwibawa ini diharap akan dapat membuat sebanyak mungkin penemuan baharu bagi menambah nilai hasil komoditi negara.

Penubuhan GSAS pada 1995 sudah membantu menghasilk­an tenaga kerja berkemahir­an, terutama dalam sektor sawit.

“Selain bantuan kewangan dan kepakaran penyelidik­an, pelajar bawah GSAS MPOB turut mempunyai akses kepada kemudahan penyelidik­an paling maju yang disediakan oleh MPOB,” katanya.

Sehingga 2017, MPOB membiayai 220 pelajar pasca siswazah di bawah program GSAS.

Semua pelajar yang menamatkan pengajian kini menyumbang dalam pelbagai sektor ekonomi negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia