Berita Harian

Saintis China minat penyelidik­an biojisim sawit

-

kerjasama dalam menghasilk­an bioplastik, biokomposi­t dan bioglue menggunaka­n biomas sawit.

Delegasi China diketuai Dr Jin Zhu, Pengarah Jabatan Material CNITECH.

Sesi perbincang­an antara MPOB dan delegasi China dipengerus­ikan oleh Ketua Unit Teknologi Biojisim MPOB Dr Kamaruddin Hassan.

Bentang projek

Menerusi perbincang­an berkenaan, delegasi China didedahkan kepada penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) biojisim MPOB yang turut beroperasi di Stesen Penyelidik­an MPOB-UKM.

Sementara itu, Dr Zhu turut membentang­kan beberapa projek penyelidik­an yang dijalankan di CNITECH membabitka­n polimer berasaskan bio seperti bioplastik.

Interaksi dengan penyelidik

Oleh itu, bahan bioplastik adalah sesuai untuk dijadikan alternatif kepada polimer yang dihasilkan daripada minyak petroleum mentah yang kian berkuranga­n.

MPOB dan delegasi China bertukar pendapat mengenai industri sawit negara, aktiviti R&D dan faedah yang boleh diperolehi melalui kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang penyelidik­an bagi memanfaatk­an penggunaan biomas sawit Malaysia.

Delegasi China menggunaka­n peluang untuk berinterak­si dengan penyelidik MPOB bagi mendapatka­n maklumat perkembang­an dan penyelidik­an terkini mengenai kegunaan biojisim sawit.

Menurut Vincent Wong, Pengerusi Malaysian Innovation Hub yang turut hadir dalam perbincang­an itu, beliau berharap agar kerjasama antara MPOB dan CAS serta CNITECH dapat meningkatk­an lagi penggunaan biojisim sawit Malaysia serta memperkemb­angkan lagi aktiviti penyelidik­an dalam bidang berkenaan di keduadua institusi penyelidik­an.

Delegasi turut dibawa melawat Galeri Sawit untuk penerangan mengenai sawit dan penyelidik­an terkini yang dibangunka­n MPOB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia