Berita Harian

MSPO perkasa hasil ladang pekebun kecil

Pensijilan mampan penuhi keperluan pasaran antarabang­sa

- Oleh Mohd Shahrin Rahami

Pekebun kecil merupakan nadi penting dalam pembanguna­n tanaman sawit di Malaysia.

Menurut data dikeluarka­n MPOB, hampir 40 peratus daripada jumlah 5.81 juta hektar keseluruha­n kawasan tanaman sawit di Malaysia kini diusahakan oleh pekebun kecil.

Kejayaan industri sawit Malaysia berdepan pelbagai cabaran dan ancaman. Jika dahulu, cabaran utama adalah untuk meningkatk­an produktivi­ti, kini, cabaran utama adalah isu kemampanan.

Minyak sawit Malaysia kini berdepan ancaman penolakan oleh pasaran Kesatuan Eropah (EU). Pada 4 April 2017, satu resolusi untuk memperkena­lkan skim pensijilan tunggal bagi minyak sawit yang ingin memasuki pasaran EU dan melarang penggunaan biodiesel sawit menjelang 2020 telah disuarakan oleh EU.

Hal ini dijangka akan menjejaska­n pasaran minyak sawit Malaysia dan memberi kesan kepada hampir 650,000 pekebun kecil di Malaysia yang bergantung kepada pendapatan hasil sawit.

Jika produk sawit milik pekebun kecil berdepan penolakan dan tidak dapat dijual di pasaran, dimanakah harus produk ini dijual?

Justeru, bagi membela nasib pekebun kecil, kerajaan telah mewajibkan pelaksanaa­n skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) kepada semua pekebun kecil di Malaysia mulai 31 Disember 2019.

Kerajaan telah memperuntu­kkan RM130 juta bagi membiayai kos pensijilan MSPO untuk pekebun kecil yang meliputi kos latihan, pengaudita­n, peralatan perlindung­an diri (PPE) dan rak penyimpana­n bahan kimia.

Bagi pelaksanaa­n MSPO untuk pekebun kecil, MPOB telah diberikan mandat oleh kerajaan bagi memastikan semua pekebun kecil dapat dipersijil­kan menjelang tarikh ditetapkan.

Pensijilan MSPO bertujuan untuk mengesahka­n bahawa pekebun kecil menghasilk­an buah tandan segar (BTS) yang mampan.

Terdapat tujuh prinsip yang perlu dinilai bagi mencapai tujuan ini antaranya adalah komitmen dan tanggungja­wab pengurusan; ketelusan; pematuhan terhadap undang-undang; tanggungja­wab sosial; kesihatan dan keselamata­n pekerjaan; persekitar­an, sumber asli, kepelbagai­an-bio dan perkhidmat­an ekosistem; amalan terbaik dan pembanguna­n penanaman baharu.

Tambah ilmu pengetahua­n

Melalui pensijilan MSPO, pekebun kecil akan sentiasa diberikan pendedahan mengenai aspek kemampanan.

Program kesedaran MSPO yang dilaksanak­an secara berterusan kepada pekebun kecil akan membantu menambah ilmu pengetahua­n pekebun kecil dalam aspek pertanian mampan.

Pekebun kecil perlu mengetahui kepentinga­n penjagaan alam sekitar dan aspek keselamata­n ketika aktiviti penyelengg­araan di kebun sawit.

Selain itu, pekebun kecil akan diberi tunjuk ajar agar mengetahui kaedah terbaik yang diamalkan di kebun bagi meningkatk­an hasil.

Maklumat tepat ini kemudian akan disebarkan oleh pekebun kecil kepada pekebun kecil lain melalui pelbagai kaedah seperti lisan, aplikasi telefon pintar dan sebagainya.

Peningkata­n pengetahua­n diharap dapat melahirkan pekebun kecil yang lebih berwibawa dan lebih produktif pada masa hadapan.

Pensijilan MSPO menggalakk­an pekebun kecil menyertai Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) yang ditubuhkan MPOB.

Ia bertujuan memudahkan pengurusan dan pemantauan pekebun kecil oleh pegawai MPOB.

Nasihat dan tunjuk ajar sawit secara berterusan kepada pekebun kecil akan memberikan impak positif terhadap pengurusan kebun yang lebih sistematik.

Hal ini didukung oleh prinsip pertama MSPO yang begitu menekankan aspek pengurusan yang lebih baik.

Aspek penuaian, pembajaan dan kawalan rumpai dilaksanak­an mengikut program disyorkan MPOB.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia