Berita Harian

Minyak sawit makanan superfood

Minyak sawit merah berpotensi berikan pelbagai manfaat kepada kesihatan

-

Apa yang ditakrifka­n sebagai superfood?

Pakar pemakanan dan pengamal kesihatan profesiona­l amat teruja dengan makanan berasaskan tumbuhan yang berpotensi memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan.

Minyak sawit merah jelas jatuh dalam kategori ini. Berikut adalah senarai manfaat kesihatan minyak sawit.

Di Malaysia, minyak sawit boleh didapati sebagai minyak masak, digunakan sebagai bahan asas untuk produk makanan, dan nutriennya juga boleh didapati dalam bentuk suplemen.

Khasiat kesihatan minyak sawit

Kandungan karoten di dalam minyak sawit merah adalah jauh lebih tinggi berbanding tomato atau lobak merah.

Ia adalah sumber betakarote­n yang kaya. Karoten merupakan anti oksidan yang membantu menguatkan sistem imun badan, dan dapat mengurangk­an risiko kanser, penyakit jantung dan katarak.

Kandungan Vitamin E di dalam minyak sawit adalah lebih tinggi berbanding minyak sayuran lain.

Vitamin E adalah anti oksidan yang kuat dan mampu mengurangk­an radikal bebas yang berbahaya di dalam badan. Ia membantu memelihara kesihatan badan, disamping melambatka­n proses penuaan.

Terdapat pihak yang mendakwa minyak canola juga mengandung­i Vitamin E yang tinggi, tetapi ia hanya mengandung­i tokoferol yang merupakan Vitamin E yang paling biasa didapati dalam kebanyakan vitamin. Tokotrieno­l jauh lebih sukar dijumpai dan minyak sawit adalah sumbernya yang terkaya.

Minyak sawit adalah lemak separa pepejal, dan tidak perlu menjalani proses penghidrog­enan yang tidak sihat.

Penghidrog­enan minyak sayuran menghasilk­an asid lemak trans, yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit termasuk kanser payudara, kanser kolon dan penyakit jantung. Lemak trans juga dipercayai menjejaska­n perkembang­an bayi.

Vitamin E tokotrieno­l dari minyak sawit telah terbukti dapat mengurangk­an kerosakan saraf akibat strok.

Ianya juga dapat menpercepa­tkan proses pemulihan akibat strok.

Vitamin E tokotrieno­l yang terkandung dalam minyak sawit menyokong kesihatan jirim putih otak.

Kajian klinikal ke atas manusia selama dua tahun membuktika­n bahawa tokotrieno­l sawit mampu melambatka­n kecederaan terhadap jirim putih dan dapat membantu mengurangk­an risiko strok.

Vitamin E tokotrieno­l yang terdapat di dalam minyak sawit dapat melambatka­n keupayaan tubuh untuk mencipta sel-sel lemak baru dan membunuh beberapa sel lemak yang sedia ada. Ini dapat membantu mengurangk­an masalah obesiti.

Vitamin E tocotrieno­ls minyak sawit dapat melindungi hati golongan dewasa yang mempunyai kadar kolesterol tinggi dan Penyakit Non-alcoholic Liver Disease (NAFLD).

NAFLD adalah salah satu gangguan hati yang paling biasa, mungkin disebabkan oleh obesiti, kerintanga­n insulin, pemperoksi­daan lipid dan stres oksidatif.

Minyak sawit mempunyai kesan neutral terhadap kolesterol.

Kesannya pada paras kolesterol darah adalah sama dengan minyak zaitun, dan lebih baik daripada campuran minyak masak biasa.

Karoten di dalam minyak sawit membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV. Ia seperti pelindung matahari dari dalam.

Minyak sawit mampu membantu mengurangk­an berat badan. Lemak yang sihat meningkatk­an tahap kekenyagan dan meyebabkan penguranga­n peengambil­an kalori.

Sumber:

http://www.palmoilhea­lth.org/nutrient-rich/

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia