Berita Harian

P erlad angan sawit tid ak menyeb ab kan pencemaran alam sekitar d an kemusnahan b iod iversiti

-

2018

Minyak sawit adalah minyak sayuran yang paling banyak digunakan di dunia, dari bekalan makanan hingga barangan isi rumah kerana produk yang cekap dan kos efketif di mana unjuran pengeluara­n melepasi permintaan.

Malaysia telah mengambil beberapa langkah utnuk menjadikan perdaganga­n sawit lebih mampan melalui penanaman yang cekap dan pada masa sam industri ini dikaitkan dengan punca utama pencemaran alam sekitar, pemusnah an kepelbagai­an biodiversi­ti dan memberi impak yang mendalam terh adap rakyat.

Hutan gambut yang ditebang untuk penanaman sawit kaya dengan sumber karbon. Menurut Union of Concerned Scientist Inc., stok karbon hutan tropika boleh mencapai julat seh ingga 99 juta kilogram karbon persegi bersamaan dengan lima kali perjalanan dari Perlis ke Johor Bahru.

Pembakaran hutan yang kaya dengan sumber karbon akan melepaskan molekul karbon dan metana ke atmosfera dan meninggalk­an tanah yang rosak tanpa pengairan yang disumbang secara semula jadi oleh hujan.

Hal ini juga boleh menyumbang kepada hakisan tanah dalam jangka masa panjang.

Penukaran h utan tropika kepada ladang sawit mempunyai kesan buruk terh adap sebilangan besarspesi­s tumbuhan dan haiwan keran ia menyokong sepsis yang lebih rendah berbanding hutan asas. Spesies h aiwan yang paling terjejas kepada pengembang­an ladang sawit adalah orang utan.

Penggunaan racun untuk mengurangk­an populasi tikus dalam ladang sawit juga turut meracuni haiwan lain. Sebagai contoh harimau Sumatera disenarai sebagai populasi terancam.

Kadarkehil­angan hutan dan habitat yang tinggi untuk pengeluara­n minyak sawit merentas pelbagai negara dan benua menimbulka­n kebimbanga­n mengenai perkembang­an masa depan industri sawit.

Warisan kehilangan h utan menunjukka­n keperluan untuk meningkatk­an pemantauan dan campur tangan pihak tertentu untuk pengawalan yang seimbang.

Perkembang­an industri sawit dengan pemusnah an hutan semula jadi dalah kebimbanga­n pemulih araan serantau.

Bagi menangani hal ini daripada berterusan, Malaysia akan melaksanak­an secara mandatori pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang menggarisk­an piawaian alam sekitaryan­g wajib dipatuhi oleh pengeluar minyak sawit.

Di Malaysia, sejumlah 4.5 juta penduduk bergantung kepada pendapatan daripada perusah aan dan pengeluara­n industri sawit.

Sekatan secara menyeluruh industri minyak sawit akan menimbulka­n masalah besar bagi pendudk yang terlibat dalam industri ini.

Oleh itu, pengeluara­n minyak sawit mampan amat diperlukan bagi menjamin pendapatan dan memenuhi permintaan makanan global yang semakin meningkat.

Pelaksanaa­n MSPO dih arap akan mampu memulihara alam sekitardan melindungi h idupan liar. Hal ini dapat diasaskan jika Amalan Pertanian Baik (GAP) diterapkan dengan betul dan mampu mengurangk­an kesan negatif indsutri sawit.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia