Berita Harian

Angka maut bot karam di Thailand mungkin cecah 60

Thailand bersedih selepas Kunan terkorban ketika hantar oksigen

-

Pasukan penyelamat Thailand membantu seorang mangsa bot karam di Chalong, Phuket, semalam manakala gambar kanan menunjukka­n seorang pelancong yang terselamat dibawa keluar dari bot. Pegawai pasukan penyelamat yang mencari 29 penumpang masih hilang, dilaporkan bimbang angka maut mungkin mencecah hampir 60 orang.

Seorang bekas anggota Tentera Laut unit SEAL Thailand mati lemas, semalam ketika cuba membantu menyelamat 12 budak lelaki dan jurulatih bola sepak mereka yang terperangk­ap di dalam gua.

Perkembang­an itu turut mengetenga­hkan betapa sukar proses untuk mengeluark­an mangsa daripada lokasi mereka dengan selamat.

Penyelam dikenal pasti sebagai Saman Kunan itu dilaporkan pengsan sebelum disahkan meninggal dunia apabila keluar dari ruang tempat kanak-kanak berkenaan terperangk­ap di gua Tham Luang selepas menyertai pasukan yang ditugaskan mewujudkan saluran udara ke situ.

Tempoh berenang dari dalam ruang itu ke luar dilaporkan sekurang-kurangnya enam jam.

Sejauh mana selamat

Walaupun mencetuska­n kebimbanga­n sejauh mana selamat untuk membawa mangsa keluar, komander SEAL Thailand, Apakorn Yookongkae­w berkata pihaknya semakin tiada pilihan kerana lebih berbahaya untuk menunggu cuaca menjadi lebih baik.

“Pada mulanya kami menyangka cukup selamat untuk mereka kekal di situ. Namun keadaan kini berubah, kami semakin kesuntukan masa,” katanya.

Menurutnya, tahap oksigen di ruangan itu semakin berkuranga­n, namun seorang doktor berada di situ bersama mereka untuk memantau kesihatan kumpulan berkenaan.

Walaupun sedih dengan kematian Saman, Apakorn berazam usaha menyelamat tetap akan diteruskan.

“Kami kehilangan seorang anggota, namun masih bersemanga­t untuk menyelesai­kan perkara ini,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO REUTERS ] ??
[ FOTO REUTERS ]
 ??  ?? Tentera dan anggota polis Thailand memberi penghormat­an terakhir ketika pesawat tentera membawa mayat mendiang Saman Kunan yang terkorban ketika menjalanka­n misi menyelamat, semalam.
Tentera dan anggota polis Thailand memberi penghormat­an terakhir ketika pesawat tentera membawa mayat mendiang Saman Kunan yang terkorban ketika menjalanka­n misi menyelamat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia