Berita Harian

Chong Wei, Momota buru tiket final

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Pemain perseorang­an lelaki nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei akan membuat perhitunga­n dengan pemain Jepun, Kento Momota pada aksi separuh akhir Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.

Terdahulu, Chong Wei mara ke separuh akhir selepas menewaskan pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoe­n 21-13, 22-20, manakala Momota menyingkir­kan pemain tuan rumah, Tommy Sugiarto 21-11, 2115 dalam aksi suku akhir, semalam.

Ia akan menjadi pertembung­an kedua buat kedua-dua pemain berkenaan dalam tempoh enam hari selepas mereka bertemu pada aksi final Terbuka Malaysia, Ahad lalu yang menyaksika­n Chong Wei melakar kemenangan sekali gus meraih gelaran ke-12.

Kali ini, situasinya berbeza dengan perebutan tempat ke final menjadi buruan.

Usah letak harapan tinggi

Chong Wei dalam usaha merekodkan gelaran ketujuh Terbuka Indonesia dan jika berjaya, dia akan mencipta sejarah menjadi pemain paling banyak memenangin­ya manakala Momota merangkul kejuaraan itu pada edisi 2015.

Jurulatih perseorang­an lelaki negara, Hendrawan berkata, Chong Wei tidak boleh dibebani harapan yang terlalu tinggi untuk meraih satu lagi kemenangan ke atas Momota kerana pemain berusia 36 tahun itu sudah mula keletihan.

“Saya perlu akui Chong Wei sudah mula keletihan terutama dalam aksi suku akhir hari ini (semalam) selepas beraksi sejak Terbuka Malaysia minggu lalu. Akibat keletihan, fokusnya dalam perlawanan sedikit terjejas tetapi masih boleh layak ke separuh akhir.

“Untuk aksi menentang Momota, kita tidak boleh meletakkan harapan tinggi dan belum pasti Chong Wei akan menang kerana keadaan fizikalnya sudah berbeza sekarang. Apapun, saya percaya Chong Wei akan buat yang terbaik,” kata Hendrawan ketika dihubungi.

Chong Wei yang kini menghuni ranking nombor empat dunia sudah enam kali muncul juara Terbuka Indonesia iaitu pada edisi 2007, 2009, 2010, 2011, 2013 dan 2016.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia