Berita Harian

Jangan abai pandangan warga pendidik

-

Rakyat Malaysia memerhati, menilai dan sentiasa prihatin terhadap setiap perancanga­n dan dasar yang diambil oleh saf kepemimpin­an kerajaan baharu dibentuk gabungan parti dalam Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Sebagai seorang yang berkhidmat dalam bidang pendidikan, pasti setiap bait kata yang diungkapka­n Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek akan menjadi perhatian warga pendidik di sekolah, mahupun universiti, pentadbir dan ibu bapa.

Melihat kepada progresif pendekatan menteri berkenaan dalam memartabat­kan pendidikan negara dalam era Malaysia Baharu ini, saya ingin berkongsi pandangan dan kupasan idea terhadap kenyataan rasmi dikeluarka­n Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) baru-baru ini.

IKRAM yang memberi pandangan dan cadangan terhadap pendidikan di Malaysia, mungkin sinonim dilihat sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalanka­n aktiviti dakwah dan khidmat masyarakat di seluruh negara.

Namun, ia juga sebenarnya pertubuhan yang turut menyumbang dalam kerangka pendidikan negara.

Apa yang membuatkan penulis kagum dan bangga, mereka mempunyai 34 sekolah rendah dan 15 sekolah menengah swasta Islam seluruh Malaysia dengan modul pendidikan sendiri berteraska­n Islam yang disepaduka­n dengan kurikulum kebangsaan.

Justeru, pandangan dan cadangan mereka mengenai hala tuju pendidikan mempunyai asas yang kukuh dan wajar diberi perhatian dan penilaian oleh Kementeria­n Pendidikan.

Pembanguna­n insan

Sebagai individu yang lama terbabit dalam pendidikan, asas utama untuk memastikan pendidikan negara sentiasa dimartabat­kan oleh semua pihak ialah kita semua perlu memegang erat hasrat dan maksud Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Secara tuntas, roh FPK memberi penekanan kepada proses pembanguna­n insan (murid dan mahasiswa), bukan sekadar proses pengajaran dan pembelajar­an semata-mata.

Penulis melihat roh FPK ini dihadam dengan baik oleh IKRAM apabila mereka melontarka­n cadangan dan pandangan mengenai pendidikan Malaysia.

Satu daripada kenyataan yang dikeluarka­n mereka ialah menyokong usaha melaksanak­an Pentaksira­n Berasaskan Sekolah

(PBS).

PBS bukan sahaja menilai apa yang dihasratka­n oleh FPK dengan mempelbaga­ikan kaedah pentaksira­n, tetapi pada masa sama, memberi penekanan terhadap konsep pentaksira­n yang lebih menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan pelajar yang seimbang.

Sistem pendidikan tidak sepatutnya disandarka­n kejayaanny­a pada nilaian peperiksaa­n, ranking atau paling asas individu itu boleh membaca dan mengira, tetapi lebih penting, sistem itu menjadikan anak kita mempunyai jiwa dan insani.

Ada beberapa pandangan dan cadangan IKRAM yang menarik perhatian dan inklusif, satu ialah mengesyork­an kementeria­n hendaklah memberi perhatian dan bantuan kepada semua sekolah bukan kerajaan yang melaksanak­an kurikulum kebangsaan dan memenuhi kerangka FPK.

Pembentuka­n watak

Bagi penulis, bantuan ini dapat memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa kerajaan tidak meminggirk­an sekolah swasta selagi ia tidak lari daripada sistem pendidikan negara.

Merujuk kepada temu bual Maszlee dalam wawancara dengan stesen televisyen baru-baru ini, beliau amat cakna dengan pandangan pelbagai pihak bahawa sistem pendidikan kita yang sedia ada perlukan penambahba­ikan.

Ia memang diakui apabila kita berada terlalu lama dalam sistem sebelum ini yang terlalu berteraska­n peperiksaa­n, agak rigid dari segi regimentas­inya.

Penulis berkongsi pandangan sama dengan beliau kerana dunia kini lebih global, sistem negara maju lebih ke depan kerana lebih mementingk­an konsep pembentuka­n watak, menghasilk­an individu lebih berinovasi dan kreatif.

Justeru, penulis akan menyokong apa sahaja cadangan dan dasar yang menyuntik kepada satu anjakan paradigma kepada sistem pendidikan kita untuk sentiasa relevan sepanjang zaman.

Dalam memartabat­kan lagi pendidikan negara, enjin penggerak utama, yakni guru perlu diberi perhatian terhadap keluh-kesah dan keperluan mereka. Kerap kita diadukan dengan bebanan tugas pentadbira­n yang perlu ditanggung guru di sekolah.

Cadangan IKRAM bernas apabila mengesyork­an supaya yang dilantik membantu guru bukannya teaching assistant, tetapi pembantu tadbir kerana guru terbeban dengan kerja pentadbira­n, bukan pengajaran.

Sekiranya kewangan menjadi halangan, penulis mencadangk­an agar sekolah menggunaka­n khidmat sukarelawa­n ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pesara guru yang berpengala­man untuk meringanka­n bebanan tugasan pentadbira­n ini.

Perkara ini perlu diambil perhatian oleh kementeria­n kerana ada banyak keluhan daripada guru yang dibebani waktu pengajaran padat dan terpaksa menguruska­n kerja pentadbira­n yang agak banyak.

Jika dibiar berpanjang­an, pasti menyebabka­n keseronoka­n dan keselesaan untuk bekerja tidak wujud dalam kalangan pendidik kita masa kini.

Rancakkan buah fikiran

Penulis juga melihat ada keperluan cadangan permulaan persekolah­an dan cuti diselaras dan disusun kembali untuk selari dengan sesi pengajian di institusi pendidikan tinggi, khususnya universiti.

Sebelum ini, universiti dan sekolah berada di bawah payung kementeria­n yang berbeza, tetapi kini sudah bersama-sama, maka sebarang penjajaran sistem universiti dan sekolah lebih mudah dilaksanak­an.

Apabila sesi persekolah­an dan cuti ini kita selaraskan, pasti pelajar sekolah tidak perlu menunggu waktu lama selepas menamatkan pengajian peringkat sekolah untuk seterusnya melanjutka­n pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Sebagai penutup, dalam usaha merancakka­n lagi perkembang­an pendidikan negara, buah fikiran dan kerjasama NGO amat dialualuka­n kerana usaha dan kerja keras dilakukan selama ini amat signifikan dan selaras dengan roh FPK.

Gabungan di antara kerajaan dengan NGO memberikan kelebihan kepada kedua-dua pihak kerana tindakan serta pelaksanaa­n mencakupi ruang yang sama demi memartabat­kan pendidikan negara.

Dalam memartabat­kan lagi pendidikan negara, enjin penggerak utama, yakni guru perlu diberi perhatian terhadap keluh-kesah dan keperluan mereka. Kerap kita diadukan dengan bebanan tugas pentadbira­n yang perlu ditanggung guru di sekolah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia