Berita Harian

4 MATI DIREMPUH PEMANDU MABUK

Kereta hilang kawalan masuk ke laluan bertentang­an turut langgar tiga kenderaan

- Oleh Abdul Rahemang Taiming

Seorang daripada empat mangsa yang maut dirempuh kereta dipandu wanita disyaki mabuk di Jalan Chong Thien Vun di sini, awal pagi semalam, baru pulang dari meraikan sambutan hari jadi rakannya.

Dalam nahas pada jam 1.15 pagi itu, Dicson Lim Kien Shing, 16, dikatakan kemudian berkumpul dengan rakan lain di kawasan parkir jalan berkenaan sebelum dirempuh kenderaan terbabit dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Vios dipandu wanita berusia 34 tahun dari arah bandar ini ke Jalan Tiku di sini, hilang kawalan lalu terbabas ke jalan bertentang­an.

Kereta terbabit kemudian melanggar tiga kenderaan lain, iaitu Toyota Hiace, Perodua Bezza dan Myvi yang diparkir dekat Pusat Komersial BDC (1 Arena), serta merempuh orang awam di situ.

Kemalangan menyebabka­n empat orang awam, termasuk seorang daripadany­a di dalam Toyota Hiace terbabit, mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera.

Selain Kien Shing, tiga lagi yang terkorban ialah Hiew Nyuk Wei, 30; Clawence Wong Vun Kit, 21; dan Chong Wei Chan, 21.

Seorang lagi mangsa, Chin Guan Xiong, 21, patah kaki, manakala pemandu Toyota Vios pula cedera ringan.

Mayat empat mangsa terbabit sudah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tawau, sementara mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Gagal kawal kenderaan

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu Toyota Vios yang disyaki dalam keadaan mabuk sehingga gagal mengawal kenderaann­ya lalu terbabas.

“Pemandu terbabit sudah ditahan dan akan direman untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (memandu bawah pengaruh minuman yang memabukkan),” katanya.

Sementara itu, sepupu Kien Shing, Vu Chung Nam, 20, berkata sebelum kejadian, mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik dan pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jambatan Putih, mengajakny­a keluar bersama meraikan sambutan hari jadi seorang rakan, namun tidak dapat turut serta kerana perlu menghadiri majlis lain.

“Kami terkejut apabila mengetahui dia (Kien Shing) meninggal dunia. Mangsa adalah seorang yang baik, peramah dan amat disenangi oleh rakan,” katanya kepada NSTP, di sini.

Dalam pada itu, Christal Wong Vun Peng, 24, kesal dengan kejadian berkenaan yang turut mengorbank­an adiknya, Vun Kit.

“Ada saksi mendakwa kereta terbabit dipandu sangat laju sebelum hilang kawalan dan mengakibat­kan kemalangan ngeri ini.

“Saya berharap pemandu berkenaan yang disyaki mabuk, akan mendapat hukuman setimpal dan menjadi pengajaran kepada orang ramai,” katanya.

 ?? [ FOTO IHSAN POLIS ] ??
[ FOTO IHSAN POLIS ]
 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA/BH] ?? Keadaan lokasi kemalangan maut membabitka­n empat kenderaan di Jalan Chong Thien Vun, Tawau, semalam.
[FOTO IHSAN PEMBACA/BH] Keadaan lokasi kemalangan maut membabitka­n empat kenderaan di Jalan Chong Thien Vun, Tawau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia