Berita Harian

SYOR PENJARA MANDATORI, SEBAT PEMANDU DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL TERBABIT KEMALANGAN MAUT

Kaji semula undang-undang sedia ada untuk pemandu mabuk punca kematian pengguna lain

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin dan Norhafzan Jaafar

Hukuman penjara mandatori perlu diperkenal­kan di negara ini, untuk menghukum pemandu mabuk yang menyebabka­n kematian kepada pengguna jalan raya lain.

Ahli Majlis Keselamata­n Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata menjadi keperluan untuk mengkaji semula undang-undang sedia ada memandangk­an hukuman dikenakan pada masa ini, tidak membantu mengurangk­an kejadian berpunca daripada pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol.

“Kita harus mengikut contoh Austria misalnya yang mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap mereka yang didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabka­n berlakunya kemalangan maut atau kematian pengguna jalan raya lain.

Pertingkat penguatkua­saan

“Selain itu, penguatkua­saan pihak berkuasa perlu dipertingk­atkan termasuk pemeriksaa­n dan ujian pernafasan secara rambang di kawasan berhampira­n pusat hiburan misalnya, untuk menentukan tahap pengambila­n alkohol dalam kalangan pemandu,” katanya ketika dihubungi BH.

Beliau berkata demikian mengulas kejadian empat lelaki maut dan seorang lagi patah kaki kiri selepas dirempuh kereta dipandu wanita berusia 34 tahun yang dipercayai dalam keadaan mabuk di kawasan parkir Pusat Komersial BDC (1Arena) di Jalan Chong Thien Vun, Tawau awal pagi semalam.

Ketika ini Seksyen 44(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabka­n kematian atau kecederaan.

Pesalah juga boleh dikenakan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih daripada RM20,000 bagi kesalahan berkenaan.

Lam Thye yang juga Naib Pengerusi Kanan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) berkata, kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibat­kan kemalangan sesuatu yang cukup serius kerana boleh memberi kesan pahit bukan saja kepada mangsa, tetapi juga keluarga mereka.

Katanya, kejadian yang berlaku perlu dijadikan iktibar oleh semua terutama pihak berkuasa untuk meningkatk­an penguatkua­saan dan pemeriksaa­n secara rambang bagi mengelak pemandu mabuk.

Beri pengajaran

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Khairunnee­zam Mohd Noor, berkata hukuman seperti sebat di khalayak ramai mampu memberi pengajaran kepada pemandu lain untuk lebih bertanggun­gjawab dalam pemanduan.

Katanya peruntukan undangunda­ng sedia ada atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk perlu dikaji semula bagi memberi ‘kegerunan’ kepada mereka yang culas dan cuai di jalan raya.

“Mungkin kita boleh ambil iktibar seperti dilakukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila mereka memperkena­lkan hukuman sebat di khalayak ramai sebagai menghukum pemandu cuai, termasuk mereka yang memandu dalam keadaan mabuk,” katanya.

 ??  ?? Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia