Berita Harian

NILAI JUALAN, TEMPAHAN DI SUNGAI PETANI CECAH RM2 JUTA

Pengunjung berpuas hati maklumat dikongsi pakar

- Oleh Nor Farhani Che Ad

Pameran Hartanah Myrumah 2018 yang berakhir semalam, berjaya mencapai matlamatny­a dalam memberi pendedahan kepada pembeli dan bakal pembeli berkaitan urusan memiliki rumah.

Pengurus Pengiklana­n dan Jualan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Wilayah Utara, S Linggaraj, berkata kehadiran pakar dalam bidang perumahan, insurans dan perbankan memberi pengetahua­n berkaitan pemilikan hartanah kepada pengunjung.

Tiga hari pameran

“Selama tiga hari pameran diadakan, kita melihat penerimaan yang begitu baik daripada pengunjung pada sesi ceramah disampaika­n pakar dalam bidang berkaitan.

“Kami berpuas hati matlamat memberi pendidikan dan pendedahan kepada pembeli dan bakal pembeli dalam memiliki rumah bersesuaia­n tercapai.

“Pameran itu juga memberi manfaat kepada 3,000 pengunjung sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Perlis,” katanya yang ditemui di Amanjaya Mall di sini semalam.

Mengulas mengenai jualan yang dicapai, Linggaraj berkata, dua daripada rumah yang dipamerkan berjaya terjual, manakala lapan rumah lagi menerima tempahan dengan anggaran keseluruha­n RM2 juta.

“Melalui maklumat diterima daripada tujuh pemaju yang menyertai pameran ini, ada rumah yang terjual dan ada juga ditempah membabitka­n harga sekitar RM200,000,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berhasrat meneruskan pameran itu di wilayah utara pada masa akan datang dengan menyasarka­n pembeli di kawasan sekitar Pulau Pinang dan Perak utara.

Inisiatif MPB

“Kami berharap pada pameran akan datang, lebih ramai pengunjung akan mendapat maklumat yang dikongsika­n berbanding pameran kali ini,” katanya.

Pameran yang dianjurkan NSTP adalah sebahagian daripada inisiatif kumpulan Media Prima Bhd (MPB) untuk menyediaka­n platform kepada orang ramai, terutama pembeli rumah pertama untuk membeli rumah impian mereka dengan harga berpatutan.

Siri ketiga pameran akan diteruskan di Johor Bharu Ogos ini, manakala siri terakhir akan dianjurkan di Melaka pada Oktober depan.

 ??  ??
 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] ?? Pengunjung melawat galeri rumah contoh pada Pameran Hartanah Myrumah di Amanjaya Mall, Sungai Petani.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] Pengunjung melawat galeri rumah contoh pada Pameran Hartanah Myrumah di Amanjaya Mall, Sungai Petani.
 ??  ??
 ??  ?? S Linggaraj
S Linggaraj

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia