Berita Harian

PM mahu kerjasama lebih erat antara Malaysia, Indonesia

Hubungan antara 2 negara jadi teladan, inspirasi rakyat untuk terus bergerak ke hadapan

- Oleh Adib Povera cnews@nstp.com.my

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap untuk bekerjasam­a lebih erat secara dua hala antara Malaysia dan Indonesia dalam semua sektor.

Beliau juga berharap hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi teladan serta inspirasi rakyat kedua-dua negara untuk terus bekerjasam­a dan bergerak ke hadapan.

Hasrat Dr Mahathir itu, ditulis dalam suratnya kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo, yang antara lain turut melahirkan penghargaa­n atas bantuan republik itu, sehingga Pengerusi Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos, berjaya ditangkap.

“Saya ingin merakamkan penghargaa­n kepada Presiden dan Polis Republik Indonesia (POLRI), di atas bantuan diberikan, hingga membolehka­n penangkapa­n individu dikehendak­i itu.

Hubungan utuh sekian lama

“Saya percaya bahawa kerjasama ini dilakukan berdasarka­n hubungan baik antara tetangga yang utuh, yang sudah terjalin sejak lama lagi,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam surat penghargaa­n itu, kepada Joko yang bertarikh 3 Julai lalu.

Jamal sebelum ini dikehendak­i Kerajaan Malaysia atas beberapa kesalahan, termasuk menghilang­kan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri, seterusnya meninggalk­an negara ini secara tidak sah.

Walaupun Jamal berjanji memberi kerjasama, tetapi beliau gagal menyerah diri, sebaliknya membuat rakaman video mendakwa ada pihak tertentu mahu memerangka­p beliau. Malaysia kemudian memohon kerjasama Indonesia dalam mengesan Jamal.

Jamal, 48 ditahan selepas selesai mengguntin­g rambut di sebuah salon.

Beliau berjaya ditahan Polis Republik Indonesia (POLRI) pada jam 6.15 petang Isnin lalu, dan penahanan itu turut diumumkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saya ingin merakamkan penghargaa­n kepada Presiden dan Polis Republik Indonesia (POLRI), di atas bantuan diberikan, hingga membolehka­n penangkapa­n individu dikehendak­i itu. Saya percaya bahawa kerjasama ini dilakukan berdasarka­n hubungan baik antara tetangga yang utuh, yang sudah terjalin sejak lama lagi” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia