Berita Harian

Pusat diminta kekal status IPG Kota Bharu

-

Kota Bharu: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kelantan meminta Kerajaan Persekutua­n membatalka­n keputusan pentadbira­n terdahulu untuk menukar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu menjadi kolej vokasional.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor, berkata langkah menyemak semula kewajaran cadangan itu perlu demi kepentinga­n rakyat.

Katanya, beliau menerima banyak permintaan daripada bekas tenaga pengajar dan pelajar IPG Kota Bharu supaya PPBM Kelantan mengambil langkah untuk membantu mengekalka­n institut itu.

“IPG Kota Bharu bermula sebagai Maktab Latihan Guru Kelantan (KTTC) pada 1944, diikuti penubuhan Malayan Teachers’ Training College (MTTC) di Kota Bharu pada 1951.

“Pada 1957, namanya ditukarkan kepada Kota Bharu Training College (KBTC) dan menjadi Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) pula pada 1975.

“Pada 2005, ia dinaik taraf menjadi IPG,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan ketua biro pelbagai agensi media, di sini, semalam.

Dua tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentang­kan Bajet 2017, mengumumka­n sembilan daripada keseluruha­n 27 IPG, akan ditukar menjadi kolej vokasional atau politeknik selaras perkembang­an serta keperluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Langkah semak semula kewajaran cadangan itu perlu demi kepentinga­n rakyat” Kamaruddin Md Nor, Pengerusi PPBM Kelantan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia