Berita Harian

Rasuah wajar dibendung sejak bangku sekolah

Langkah tempatkan SPRM di bawah institusi Parlimen disambut baik

- Oleh Badrul Kamal Zakaria

Duit kopi sekecil RM5 boleh menjadi rasuah berbilion ringgit, sekiranya amalan jijik itu tidak dibanteras sejak awal.

Sehubungan itu, negara memerlukan budaya baharu dalam kalangan masyarakat, bagi melihat rasuah bukan sekadar jenayah tetapi amalan yang perlu dibanteras.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata penolakan rasuah perlu dimulakan seawal peringkat sekolah.

“Rasuah menghancur­kan masyarakat dan memberi impak negatif kepada semua pihak tidak kira agama, bangsa atau usia.

“Kita perlu mempunyai budaya baharu untuk menolak rasuah dalam apa jumlah sekali pun, tak kira sekecil RM5 atau duit kopi hinggalah yang mencecah berbilion ringgit.

“Kalau tidak tolak rasuah dari awal lagi, dari RM5 duit kopi itu akan menjadi lebih teruk. Duit kopi RM5 akhirnya mencecah berbilion ringgit kelak.

Hukuman berat

“Justeru, pertama kita kena tahu mereka yang mengamal rasuah. Pemberi dan penerima perlu dihukum berat sehingga tidak melakukann­ya lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Tanggungja­wab Sosial Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Nombor Lima di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, Ysahrudin Kusni; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Abdul Manap Dim dan Pengarah LHDN Johor, Mohd Ramli A Wahid.

Pada majlis itu, seramai 43 murid dari SK Parit Nombor Lima, SK Parit Yusof, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Kwang Wahyu dan SJKC Hau Lim menerima sumbangan cermin mata.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengenai 2,238 atau 55.2 peratus pesalah rasuah yang ditahan sejak 2013 hingga Mei lalu adalah golongan belia.

Syed Saddiq berkata, isu berkaitan rasuah bukan jenaka yang boleh dipermaink­an, sebaliknya masalah besar yang perlu dibanteras bersama.

Banteras rasuah bersama

“Kalau kita tahu ada rakan cerita dia amalkan rasuah, dia bayar RM50 kepada pihak berkuasa supaya tak disaman, kita kena beritahu ini bukan jenaka.

“Paling utama dilakukan ialah pindaan undang-undang untuk memperkasa dan mengasingk­an kuasa.

“Kerajaan letak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi institusi Parlimen dan tidak lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM),” katanya.

 ?? [FOTO BADRUL KAMAL ZAKARIA/BH] ?? Syed Saddiq memakaikan cermin mata kepada murid yang menerima sumbangan sempena program tanggungja­wab sosial LHDN di SK Parit Nombor
Lima, Muar, semalam.
[FOTO BADRUL KAMAL ZAKARIA/BH] Syed Saddiq memakaikan cermin mata kepada murid yang menerima sumbangan sempena program tanggungja­wab sosial LHDN di SK Parit Nombor Lima, Muar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia