Berita Harian

Tiada aduan RUMAWIP dihentikan: Zuraida

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menerima sebarang aduan berhubung dakwaan bahawa projek pembinaan Rumah Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) akan diberhenti­kan.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata jika ada sebarang aduan berhubung isu itu, beliau bersedia untuk bertemu pembeli unit perumahan berkenaan untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

“Setakat ini kami tidak terima sebarang aduan berhubung perkara ini, tetapi jika ada, kami akan ambil pendekatan untuk pastikan mereka tidak dianiaya dan mereka mendapat hak mereka,” katanya pada Majlis Sambutan Aidilfitri 2018 di Taman Kosas.

Sebelum ini, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa projek rumah mampu milik untuk golongan berpendapa­tan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutua­n itu akan dihentikan.

Mahu contohi Singapura

Dalam pada itu, Zuraida berkata, konsep perumahan sosial dan awam Singapura akan dijadikan contoh dalam pelaksanaa­n dasar perumahan awam di negara ini.

Katanya, dalam lawatan kerja tiga hari ke negara jiran itu yang berakhir kelmarin, banyak input berhubung dasar perumahan Singapura yang boleh diterapkan dalam dasar perumahan negara.

“Saya pergi ke sana berjumpa dengan Lembaga Perumahan dan Pembanguna­n (HDB), Penguasa Pembanguna­n Semula Bandar (URA) di Singapura, untuk membuat kajian bagaimana mahu memberikan impak positif serta penambahba­ikan terhadap dasar perumahan sedia ada.

“Saya juga berkesempa­tan melihat sendiri bagaimana menteri di sana melaksanak­an, serta menguruska­n rumah mampu milik dan itu yang kami mahukan,” katanya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia