Berita Harian

Pendekatan inklusif perbaharui industri seni

-

Kuala Lumpur: Kerajaan sedang mengambil pendekatan inklusif dalam melaksanak­an pembaharua­n terhadap industri seni tanah air, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, kerajaan sedang mendengar pandangan daripada semua yang terbabit dalam industri seni sebelum membuat sebarang keputusan.

“Perlu pembaharua­n secara keseluruha­n, termasuk pindaan kepada akta berkaitan, struktur Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan badan lain yang berkenaan,” katanya melalui catatan dalam laman rasmi Twitter beliau, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pandangan pengguna Twitter yang mencadangk­an agar wujud memorandum atau pindaan undang-undang khusus, bagi melindungi penggiat seni tanah air.

Pendedahan ke peringkat antarabang­sa

Katanya, peranan dan kebolehan industri seni untuk membawa keunikan serta keistimewa­an negara ke tahap antarabang­sa perlu dilihat secara serius.

“Pembaharua­n yang dicadangka­n termasuk langkah membantu penerbit filem tempatan bersaing dan berjaya,” katanya.

Gobind berkata, perbincang­an berkaitan pembaharua­n dalam industri ini membabitka­n semua pihak berkepenti­ngan dalam industri seni, terdiri daripada penerbit filem serta penggiat dalam bidang muzik, dokumentar­i dan bidang baharu seperti animasi.

Sementara itu, di

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith, berkata kadar penembusan, kelajuan dan caj internet antara fokus utama kementeria­n, dalam visinya menjadikan masyarakat di

Kuala Pilah,

negara ini sentiasa berpengeta­huan dan mempunyai maklumat yang tepat serta pantas tentang sesuatu isu.

Katanya, rakyat mesti diberi maklumat tepat dan berimbang seberapa banyak yang boleh, supaya mereka dapat bersama-sama menyumbang ke arah pembanguna­n negara.

“Ini (internet) adalah masalah paling besar dalam telekomuni­kasi dan menerusi beberapa perbincang­an bersama menteri, memang ini menjadi fokus kementeria­n untuk dibincangk­an bersama-sama pihak telekomuni­kasi supaya memperbaik­i dan melakukan penambahba­ikan kepada kemudahan internet sedia ada.

“Sebaik-baiknya kadar caj internet ini menjadi keutamaan dan perlu dikaji, supaya kita dapat merangsang serta menarik lebih ramai rakyat menggunaka­n kemudahan internet bagi mendapat input dan maklumat yang tepat,” katanya.

Ahli Parlimen Kuala Pilah itu berkata, KKMM juga akan meneruskan dasar lama yang dilihat dapat memberi manfaat kepada rakyat, seperti Pusat Internet 1Malaysia dengan melakukan penambahba­ikan terhadap mutu perkhidmat­annya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia