Berita Harian

TTA pacu aspirasi transforma­si TVET

Lahirkan tenaga kerja terlatih, berkemahir­an tinggi dalam kalangan anak muda tempatan

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) yang bermula pada 2011 mungkin dilihat sebagai projek infrastruk­tur awam terbesar negara yang memantapka­n sistem pengangkut­an di Lembah Klang.

Namun, KVMRT bukan sekadar mewujudkan sistem pengangkut­an yang tiada dua di negara ini, tetapi turut ‘melahirkan’ inisiatif menghasilk­an tenaga kerja terlatih dan berkemahir­an tinggi dalam kalangan anak muda tempatan menerusi Akademi Latihan Terowong (TTA).

TTA yang juga akademi pertama seumpamany­a di dunia, melahirkan tenaga kerja berkemahir­an tinggi terdiri daripada jurutera, operator, mekanik, juruelektr­ik, juruukur serta pengendali erektor, yang terbabit dengan projek pembinaan terowong laluan MRT jajaran Sungai Bulohkajan­g (SBK) dan Sungai Bulohserda­ngputrajay­a (SSP).

Idea penubuhan TTA dicetuskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau melihat wujud permintaan dalam sektor pembinaan terowong ketika pembinaan terowong SMART pada 2003.

Lahirkan 1,600 pelatih mahir

Penubuhan akademi itu menjadi realiti pada 2011 yang kini berjaya melahirkan kirakira 1,000 anak muda tempatan dengan kemahiran teknikal dan kejurutera­an berasaskan teknologi Jerman daripada Siemens dan Bosch.

Menjelang 2022, TTA akan menghasilk­an seramai 1,600 pelatih berkaliber tinggi dalam bidang penerowong­an.

Tidak sekadar memiliki kemahiran yang semakin dituntut ketika ini, lepasan TTA dilengkapi dengan pengalaman bekerja apabila terbabit secara langsung dalam projek MRT pertama yang mempelopor­i penggunaan teknologi mesin pengorek terowong (TBM) pertama di dunia.

Di samping merevolusi­kan industri pembinaan negara, ratusan bakat dengan kepakaran spesifik daripada TTA juga mengurangk­an kebergantu­ngan industri itu pada tenaga buruh asing, selain meningkatk­an tahap kecekapan pekerja tempatan.

TTA juga menekankan kepentinga­n latihan vokasional di negara ini, sejajar dengan aspirasi kerajaan yang mahu melihat bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menjadi pilihan, sama ada setaraf atau mungkin lebih baik daripada ijazah sarjana muda atau sarjana.

Perkara itu dibangkitk­an Pengerusi Jawatankua­sa Pemerkasaa­n TVET Malaysia, Nurul Izzah Anwar pada 25 Jun lalu dengan menyatakan hasrat kerajaan untuk mentransfo­r masikan TVET susulan keperluan mendesak bidang itu bagi mendepani cabaran Revolusi Perindustr­ian Ke4 (Industri 4.0).

Justeru, kewujudan TTA bertambah relevan dalam menjayakan visi meletakkan Malaysia di atas landasan bagi memajukan negara khususnya dalam aspek kehidupan, pekerjaan serta bergerak dengan lebih baik.

Hari ini, ratusan pekerja mahir dalam pembinaan terowong yang menerima latihan di TTA turut terbabit dalam projek MRT jajaran SSP, di samping ada yang mendapat peluang menimba pengalaman dalam projek di Singapura.

TTA yang memiliki modul latihan bertaraf global, turut diiktiraf di peringkat antarabang­sa apabila ia melatih jurutera dari India mengenai operasi TBM, selain turut menerima pelbagai permintaan latihan dari Vietnam dan Timur Tengah.

Antara faktor yang menjadikan TTA lebih menonjol berbanding institusi lain antaranya kerana menekankan tahap keselamata­n dan kesihatan yang tinggi, pengkhusus­an dalam modul latihan, pendedahan situasi pekerjaan sebenar, fasilitato­r profesiona­l dan fasiliti latihan serta manfaat pekerjaan.

Pengurus MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MGKT), Salehudin Md Shaarani turut menzahirka­n kebanggaan­nya melihat kejayaan graduan TTA yang berkhidmat dengannya serta menjadi rebutan syarikat pembinaan antarabang­sa.

“Sebagai penyelia, saya gembira dapat melatih anak muda tempatan dalam bidang ini. Mereka sangat bersemanga­t untuk bekerja dan teruja untuk belajar sesuatu yang baharu.

“Melihat mereka berubah daripada seorang lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tanpa pengalaman dalam pembinaan hinggalah mampu berbicara mengenai kaedah pembinaan terowong serta menjadi permintaan dalam pasaran antarabang­sa cukup membanggak­an saya,” katanya ketika ditemui di tapak pembinaan Stesen MRT Bandar Malaysia di sini, barubaru ini.

Salehudin berkata, TTA wajar diiktiraf sebagai peneraju bidang TVET di negara ini berdasarka­n kejayaan akademi itu melahirkan graduan yang mampu menyumbang kepakaran dan keringat dalam projek mega negara.

“Kerja pembinaan terowong adalah sangat rumit, ditambah dengan penggunaan teknologi terkini yang kami gunakan dalam projek MRT SBK dan SSP menjadikan keperluan jurutera, juruteknik, operator, mekanik, juruelektr­ik dan lainlain, amat mendesak.

“TTA bukan saja meningkatk­an kemahiran tenaga kerja tempatan dengan kepakaran tertentu, malah menjadi platform untuk mereka bersaing secara kompetitif di dalam peringkat global,” katanya yang juga graduan TTA.

Perkembang­an kerjaya yang positif

Ketika ini, kumpulan pertama yang menyertai TTA pada 2011 berada pada kedudukan tersendiri dalam kerjaya masingmasi­ng dan mampu berbangga dengan pencapaian mereka hari ini walaupun tidak memiliki segulung ijazah.

Antaranya, Said Khudri Ali, 28, yang menyertai TTA ketika berusia 22 tahun dan kini dilantik sebagai Penyelia Kanan Tapak Pembinaan.

Said Khudri yang berasal dari Raub, Pahang, menyertai TTA selepas SPM dan terbabit sebagai kru pembinaan terowong dengan gaji permulaan RM1,200 sebulan, namun pendapatan bulanannya kini lebih RM3,000.

“Asalnya, saya tidak tahu yang TTA bakal melatih saya dalam bidang pembinaan, namun akademi ini mengubah pandangan terhadap industri ini dan serasi dengan jiwa saya yang sukakan cabaran.

“Pengalaman pertama di tapak

TTA wajar diiktiraf sebagai peneraju bidang TVET di negara ini berdasarka­n kejayaan melahirkan graduan mahir” Salehudin Md Shaarani, Pengurus MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd Sekarang saya rasa sangat sayang untuk tinggalkan Gamuda kerana bimbang tahap pekerjaan di syarikat lain tidak setinggi yang diletakkan di sini” Mohd Nor Shafiq Hadi Misro, Penyelia Kanan Tapak Pembinaan Akademi ini mengubah pandangan terhadap industri ini dan serasi dengan jiwa saya yang sukakan cabaran” Said Khudri, Penyelia Kanan Tapak Pembinaan

pembinaan Stesen MRT Cochrane selepas enam bulan di TTA, turut mengajar pelbagai perkara, khususnya ketika ditugaskan menjaga loji rawatan sluri.

“Namun, tugas sebagai Penyelia Kanan Tapak Pembinaan pula lebih mencabar kerana perlu memantau perjalanan pembinaan serta keselamata­n pekerja, dan boleh dikatakan nyawa berada dalam tangan saya,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Kanan Tapak Pembinaan, Mohd Nor Shafiq Hadi Misro, 25, berkata kehidupann­ya berubah sejak menyertai TTA pada 2011 selepas tamat SPM.

Walaupun awalnya sedikit me nyesal kerana menolak tawaran melanjutka­n pengajian dalam diploma Kejurutera­an Awam di politeknik kerana kurang mampu, beliau kini yakin keputusann­ya memilih TTA adalah tepat.

“Semasa di TTA, saya didedahkan dengan latihan secara praktikal, antaranya memasang replika cutter head, pemasangan segmen terowong serta simulasi pembinaan terowong dan pengoperas­ian TBM.

“Saya mula terbabit dalam pem binaan selepas dihantar ke tapak stesen MRT Cochrane dengan gaji RM1,700 sebulan, dan kini menjadi penyelia kanan yang terbabit dalam projek pembinaan jajaran kedua MRT dengan gaji lebih RM4,000 sebulan,” katanya.

Sayang kerjaya

Beliau berkata, perjalanan kerjayanya tidak mudah, malah hampir menyerah kalah ketika awal pembabitan­nya di Stesen MRT Cochrane, namun dorongan dan sokongan majikan serta rakan membantuny­a berada pada kedudukan hari ini.

“Sekarang saya rasa sangat sayang untuk tinggalkan Gamuda kerana bimbang tahap pekerjaan di syarikat lain tidak setinggi yang diletakkan di sini,” katanya.

Muhammad Haizad Abdul Karim, 25, yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, menyertai MMC Gamuda pada 2013 selepas tamat latihan selama setahun di TTA.

Katanya, beliau bermula sebagai operator forklift dengan gaji harian RM40, dan kini menjadi injektor kimia serta pembantu penyelia dengan pendapatan bulanan lebih RM2,000.

“Pada peringkat awal, saya sentiasa khuatir ketika menggunaka­n

forklift kerana perlu melalui kawasan sempit serta mengangkat muatan berat, namun penyelia banyak membantu dan memberi tunjuk ajar.

“Saya kini dipertangg­ungjawabka­n meletakkan bahan kimia ke dalam tanah bagi menghentik­an air dan lembapan lain daripada masuk ke kawasan trek MRT.

“Pembinaan terowong bukan satu pekerjaan mudah, namun saya kini sudah selesa dengan pekerjaan ini, apatah lagi sentiasa belajar perkara baharu dari hari ke hari,” katanya.

Peluang serta pendedahan kerjaya yang ditimba oleh pekerjapek­erja ini bukan sahaja membuktika­n bahawa kepakaran dalam bidang teknikal dan vokasional mampu menjana peluang pekerjaan yang baik malah ia dapat meningkatk­an status kerjaya mereka di peringkat global.

Ramai lepasan TTA yang bergelar penyelia serta pengurus menjadi testimoni kepada kemampuan akademi tempatan menghasilk­an bakat berkeboleh­an tinggi yang dapat menggerakk­an agenda pembanguna­n negara secara efisien.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Dr Mahathir bergambar bersama pelatih sulung TTA yang merupakan akademi pertama seumpamany­a di dunia.
Dr Mahathir bergambar bersama pelatih sulung TTA yang merupakan akademi pertama seumpamany­a di dunia.
 ??  ?? Graduan TTA sebagai pekerja mahir di tapak pembinaan stesen MRT.
Graduan TTA sebagai pekerja mahir di tapak pembinaan stesen MRT.
 ??  ?? Dr Mahathir ketika perasmian TTA pada Disember 2011.
Dr Mahathir ketika perasmian TTA pada Disember 2011.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia