Berita Harian

Deposit sifar, rebat menarik menanti pengunjung

-

Sungai Petani: Hunza Properties Berhad (Hunza Properties) menawarkan lebih 200 unit kediaman berkonsepk­an alam semula jadi buat pelanggann­ya pada Pameran Hartanah Myrumah 2018 yang berlangsun­g sejak Jumaat lalu.

Penolong Pengurus Hunza Properties Cawangan Bertam, M Faizal Abdul Rahman, berkata projek perumahan Mekarsari di Kepala Batas itu dilengkapi pelbagai ciri menarik, selain menawarkan unit banglo jenis zero lot.

“Kami membawakan produk yang berbeza dengan mengetenga­hkan konsep keindahan alam semula jadi, selain mempunyai persekitar­an lebih privasi kepada pembeli.

“Kami juga turut menyediaka­n tempat letak kereta lebih luas yang boleh memuatkan tiga kereta dengan cetakan konkrit lantai.

Pelbagai kemudahan tambahan

“Malah, pelbagai kemudahan tambahan disediakan seperti pemasangan hos pendingin hawa bersama paip, saliran air panas dilengkapi simpanan air panas di tandas bilik tidur utama, punca kuasa pemasangan pagar automatik serta reka bentuk rumah yang menarik mengikut model rumah tertentu,” katanya.

M Faizal berkata, harga rumah yang ditawarkan dalam projek itu bermula daripada RM439,000 hingga RM558,000.

Beliau berkata, pihaknya hanya mengenakan bayaran deposit RM1,000 dengan diskaun lima peratus kepada pelanggan membuat tempahan pada pameran ini.

“Kami menawarkan deposit yang rendah selepas mengambil kira masalah masyarakat hari ini yang ingin memiliki kediaman sendiri, namun mempunyai pelbagai komitmen.

“Jadi, deposit akan ditolak daripada 10 peratus harga rumah atau dikembalik­an sekiranya pembiayaan tidak diluluskan,” katanya

Berdekatan stesen LRT

Sementara itu, Sepakat Mewah Sdn Bhd (Sepakat Mewah) pula menawarkan projek The Sun yang mempunyai 145 unit kondominiu­m berharga dari RM688,000 sehingga RM800,000 serta 39 unit lot kedai dari RM700,000 dan ke atas yang terletak di Sungai Nibong.

Pengurus Bahagian Projek Jualannya, Vincent Koay, berkata kawasan kediaman yang ditawarkan terletak berdekatan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang sedang dibina.

“Sepanjang tiga hari pameran, kami menawarkan rebat sebanyak tujuh peratus dengan tambahan tiga peratus pembayaran balik kepada pelanggan serta sifar bayaran pendahulua­n,” katanya.

Pameran Hartanah Myrumah 2018 anjuran The News Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) berlangsun­g selama tiga hari yang berakhir semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia