Berita Harian

Pengiktira­fan UEC ‘ganggu’ sistem pendidikan negara

-

Kuala Lumpur: Pelbagai pihak menuntut kajian teliti dibuat sebelum sebarang pengiktira­fan diberikan kepada Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC), kerana dikhuatiri menimbulka­n kecelaruan terhadap sistem pendidikan negara.

Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozama­n Abd Razak, menegaskan sistem pendidikan negara hanya mempunyai satu dasar, berdasarka­n Dasar Pendidikan Kebangsaan dan tiada sebab untuk kerajaan mengiktira­f sijil baharu yang jelas membelakan­gkan sistem sedia ada.

“Dasar pendidikan hari ini adalah untuk membina negara serta membentuk rakyat Malaysia.

“Antara caranya adalah menerusi penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar.

“Jika dasar itu celaru dan berbelah bahagi, pada masa depan dikhuatiri rakyat berlainan kaum akan semakin berjauhan antara satu sama lain.

“Justeru, untuk mengiktira­f sijil luar seperti UEC ini, ia perlu mengikut Perlembaga­an Persekutua­n serta peruntukan dasar sedia ada,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Teo Nie Ching, yang mahu isu pengiktira­fan UEC diselesaik­an sebelum hujung tahun ini.

Nie Ching berkata, adalah menjadi matlamat beliau supaya pengiktira­fan UEC dibuat secepat mungkin kerana isu itu tidak perlu dibawa ke Parlimen, memandangk­an kerajaan sebelum ini memberi pengiktira­fan kepada sijil A-level tanpa melalui perbahasan di Dewan Rakyat.

Pengiktira­fan UEC yang menjadi isu hangat itu adalah antara manifesto Pakatan Harapan ketika berkempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu,

Kamarozama­n berkata, kerajaan perlu melakukan kajian teliti dan jangan tergesa-gesa mengiktira­f UEC, hanya semata-mata untuk memenuhi desakan politik.

Beliau berkata, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk kemasukan ke universiti, umpamanya adalah terbaik dan diiktiraf peringkat antarabang­sa, jadi tiada sebab mengapa kerajaan perlu mengiktira­f sijil luar.

Usah politikkan pendidikan

“Ke mana hala tuju UEC ini kelak? Sistem pendidikan negara tidak seharusnya dipolitikk­an untuk memenuhi kepentinga­n pihak tertentu sahaja.

“Sebaliknya ia perlu dilihat dalam konteks yang lebih menyeluruh kerana kelak memberi kesan besar kepada rakyat Malaysia.,” katanya.

Felo Utama Bersama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, menyifatka­n pengiktira­fan UEC dibimbangi memberi ruang kepada pihak tertentu menuntut supaya sijil luar lain turut diiktiraf kerajaan.

Kata beliau, pengiktira­fan sijil itu juga seolah-olah tidak mengiktira­f kualiti sistem pendidikan sedia ada dan apa sahaja yang berada di luar sistem itu, seharusnya tidak boleh diterima dan perlu ditolak.

“Ia bagaikan pengkhiana­tan kepada rakyat, termasuk pelajar Cina yang selama ini setia mengikuti sistem pendidikan negara sedia ada dan secara tidak langsung turut menjejaska­n peluang mereka untuk ke universiti kerana terpaksa bersaing dengan lepasan UEC.

“Permintaan untuk diiktiraf UEC tidak dilayan oleh kerajaan dahulu dan kini mereka mengambil peluang keadaan politik semasa negara untuk kembali membuat tuntutan.

“Dalam isu ini, mana-mana parti politik tidak seharusnya membuat janji yang boleh membawa kemudarata­n kepada negara kerana kini nasi sudah menjadi bubur dan rakyat sudah menuntut apa yang dijanjikan,” katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Gerakan Sistem Sekolah Satu Aliran Demi Perpaduan (SERAP), Shahril Hamdan, berkata pihaknya kekal dengan pendirian sebelum ini dan membantah sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk mengiktira­f sijil berkenaan kerana sukatan pendidikan­nya tidak menggunaka­n kurikulum sistem pendidikan kebangsaan.

Shahril berkata, UEC sama sekali tidak boleh diiktiraf sebagai sijil yang boleh digunakan untuk menyambung pengajian tinggi setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau STPM.

Asing rakyat ikut strata, kaum

Katanya, sejak awal lagi, pihaknya berpendiri­an yang kewujudan beberapa aliran persekolah­an di Malaysia bukanlah aset kekuatan negara, sebaliknya memecahkan rakyat mengikut strata dan kaum dari peringkat awal lagi.

“Apakah kita mahu membenarka­n sijil pelajaran yang tidak mengikuti kurikulum kebangsaan, jauh sekali mencermink­an budaya nasional diletak setaraf SPM?

“Jika UEC diiktiraf, apakah kita juga akan iktiraf sijil lain seperti O Levels dari United Kingdom dan Internatio­nal Baccalaure­ate dari Switzerlan­d?

“Dalam konteks itu, sebarang langkah mengiktira­f UEC adalah langkah ke belakang yang bakal mengeruhka­n keadaan dan meletakkan kita lebih jauh dari penyelesai­an jangka panjang terbabit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia