Berita Harian

Seminar Didik Rakyat tingkat motivasi

Bantu calon UPSR hadapi peperiksaa­n sebenar

- Oleh Mohd Zamil Sulaiman

Seminar Didik Rakyat 2018 peringkat Kuching anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama BH berjaya meningkatk­an kemahiran murid untuk belajar dan menjawab soalan peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan lebih berkesan.

Seminar sehari itu turut mengetenga­hkan perbincang­an menerusi sesi soal jawab antara guru dengan peserta membabitka­n tiga mata pelajaran, iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Pengurus Bank Rakyat Cawangan Simpang Tiga, Huzaimi Ali, berkata sesi soal jawab pada seminar itu ternyata memberikan kesan kepada peserta dalam mempersiap­kan diri sebelum menghadapi peperiksaa­n sebenar UPSR, pada September ini.

Beliau berkata, penganjura­n seminar itu juga sebagai platform terbaik untuk meningkatk­an persiapan dan motivasi setiap calon.

“Justeru, seminar ini adalah peluang terbaik kepada murid untuk berbincang teknik belajar dan menjawab yang mampu meraih markah tertinggi.

“Melalui seminar ini, murid dapat berinterak­si bersama penceramah dan berkongsi teknik belajar serta menjawab soalan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian seminar itu di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak, di sini, baru-baru ini.

Generasi muda

Yang turut hadir, Ketua Unit Sekolah Rendah (Sektor Pengurusan Sekolah) JPN Sarawak, Norlia Jol.

Huzaimi dalam ucapannya turut menegaskan bahawa murid hari ini adalah aset masa depan negara.

Sehubungan itu, katanya, amat penting generasi muda diberi pendidikan sewajarnya dalam memastikan kelangsung­an pembanguna­n modal insan yang seimbang selaras dengan peredaran zaman.

Sementara itu, peserta seminar, Muhd Solehin Romji, 12, menyifatka­n program itu amat bermanfaat kepada calon UPSR bagi meningkatk­an persiapan menjelang peperiksaa­n.

Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Petra Jaya itu, berkata peluang untuk menyertai seminar itu amat ditunggu kerana berpotensi meningkatk­an penguasaan dalam subjek utama.

Murid SK Muhibbah, Nurul Anis Mazlan, 12, tidak menjadikan jarak perjalanan yang jauh sebagai alasan untuk tidak menyertai seminar itu.

“Apabila diberi peluang untuk menyertai seminar ini saya amat gembira, kerana ia adalah peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan,” katanya.

 ?? [FOTO NADIM BOKHARI/BH] ?? Peserta merakam kenangan selepas tamat sesi Seminar Didik Rakyat 2018 peringkat Kuching anjuran YBR dengan kerjasama BH di Auditorium Jabatan Pendidikan Sarawak, Kuching.
[FOTO NADIM BOKHARI/BH] Peserta merakam kenangan selepas tamat sesi Seminar Didik Rakyat 2018 peringkat Kuching anjuran YBR dengan kerjasama BH di Auditorium Jabatan Pendidikan Sarawak, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia