Berita Harian

Aset usang Maritim Malaysia jadi tukun tiruan

-

Kota Kinabalu: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tidak hanya berperanan melaksanak­an undangunda­ng dan peraturan maritim, malah menyumbang kepada usaha melindungi biodiversi­ti laut.

Ia dilakukan menerusi pelupusan kapal milik agensi itu secara ditenggela­mkan di dasar laut untuk dijadikan tukun tiruan.

Setakat ini tiga kapal agensi berkenaan sudah ditenggela­mkan bagi tujuan itu di perairan Sabah dan Labuan.

Pada 9 Mei 2013, Jabatan Laut Labuan menenggela­mkan dua kapal Maritim Malaysia iaitu Kapal Maritim (KM) Layang-layang dan KM Mantanani di dasar laut perairan Pulau Kuraman, Labuan.

Ia disusuli pelupusan kapal KM Kuraman berusia 52 tahun yang ditenggela­mkan di dasar laut perairan Taman Tunku Abdul Rahman (TARP), di sini, pada 17 September 2016.

Pengarah Maritim Malaysia Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata proses menenggela­mkan kapal perang usang untuk dijadikan tukun tiruan akan terus dilaksanak­an jika ia memberi manfaat kepada alam sekitar.

Tingkat kepelbagai­an biologi

“Pada masa sama, ia membantu meningkatk­an kepelbagai­an biologi laut dan populasi spesies laut.

“Ini akhirnya menggalakk­an pelanconga­n dan mempromosi­kan aktiviti menyelam kepada pelancong.

“Secara peribadi ini adalah salah satu cara untuk menghormat­i nilai sejarah aset agensi,” katanya kepada wartawan.

Beliau berkata, Maritim Malaysia menerusi Pelan Pembanguna­n Aset agensi itu berhasrat untuk menamatkan perkhidmat­an aset usangnya bergantung kepada peruntukan untuk untuk pengambila­lihan aset baharu.

 ??  ?? KM Kuraman ditenggela­mkan untuk jadi tukun tiruan dan tarikan pelanconga­n di perairan Taman Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu pada November 2016.
KM Kuraman ditenggela­mkan untuk jadi tukun tiruan dan tarikan pelanconga­n di perairan Taman Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu pada November 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia