Berita Harian

Kementeria­n akui undang-undang perlu diperkemas

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pengangkut­an mengakui wujud keperluan untuk menambahba­ik undang-undang sedia ada membabitka­n kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau mabuk.

Timbalan Menterinya, Datuk Kamaruddin Jaffar, berkata kementeria­n memandang serius kes berkenaan memandangk­an banyak rempuhan yang menyebabka­n kematian dan kecederaan parah berlaku termasuk yang terbaru di Tawau awal pagi semalam.

“Kita tidak mahu kes seumpama itu berterusan kerana ia menggugat keselamata­n dan ketenteram­an awam, terutama keluarga yang keluar makan lewat malam.

“Saya melihat ada keperluan untuk menambahba­ik undang-undang sedia ada kerana kita tidak mahu kes kematian dan kecederaan akibat rempuhan pemandu mabuk ini berlarutan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian mengulas kematian empat lelaki dengan seorang lagi patah kaki kiri, selepas dirempuh sebuah kereta ketika melepak di kawasan parkir Pusat Komersil BDC (1Arena) di Jalan Chong Thien Vun, Tawau, semalam.

Patut ambil pengajaran

Mengenai kes rempuhan menyebabka­n kematian di Tawau itu, Kamaruddin berkata, kes berkenaan sepatutnya menjadi pengajaran kepada ‘kaki botol’ supaya tidak memandu ketika mabuk.

Katanya, tindakan mereka menyebabka­n kematian dan cedera parah yang dengan sendirinya menyebabka­n ada keluarga kehilangan orang tersayang.

“Penguatkua­saan undang-undang juga perlu dipertingk­atkan untuk mengesan pemandu mabuk.

“Mereka yang gemar memandu dalam keadaan mabuk juga perlu bertimbang rasa...maksudnya jangan teruskan pemanduan ketika mabuk,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia