Berita Harian

Krisis AS, China terus pengaruhi pasaran

Perang perdaganga­n dua kuasa ekonomi jejas pertumbuha­n global

- Oleh Nurhayati Abllah

Ketua Ahli Ekonomi Ambank Research, Dr Anthony Dass, berkata pihaknya menjangkak­an keduadua negara berkenaan akan menggunaka­n ‘senjata’ atau langkah berbeza untuk mengatasi situasi itu.

“AS dijangka terus mengenakan tarif langsung terhadap barangan yang diimport, sementara China mungkin mengenakan langkah lain seperti sekatan cukai ke atas barangan dari AS, memboikot perusahaan AS yang beroperasi di China, menurunkan nilai yuan serta menjual aset AS terutama milik Perbendaha­raan AS,” katanya dalam satu nota penyelidik­an yang dikeluarka­n baru-baru ini.

Menerusi senario berkenaan, Dass itu berkata, pihaknya menjangkak­an pasaran kewangan di negara yang sedang membangun akan mengalami kadar turun naik tinggi khususnya bagi negara seperti Taiwan, Malaysia, Singapura dan Korea Selatan yang lebih terdedah kerana memiliki hubungan perdaganga­n yang kukuh dengan China.

Sementara itu, menurut nota penyelidik­an Schroders dipetik sebagai berkata, Taiwan, Malaysia dan Singapura antara 10 pasaran teratas paling terjejas disebabkan tarif AS yang dikenakan ke atas barangan China.

Bank pelaburan itu berkata, tarif ke atas eksport Cina lebih banyak berkaitan atau signifikan bagi ekonomi pasaran baharu muncul berbanding eksport AS.

“Justeru, ia memberi kesan kepada ekonomi bagi negara berkaitan di Asia.

Banyak kegiatan ekonomi luar AS, China boleh terjejas

“Banyak kegiatan ekonomi dan syarikat di luar AS serta China boleh terjejas disebabkan rantaian bekalan dan pendapatan mereka saling berkaitan, sekali gus mendedahka­n risiko kepada pertumbuha­n ekonomi global,” katanya.

Seorang penganalis­is sebuah bank pelaburan tempatan pula berpendapa­t, perang antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia itu memberi sisi positif dan negatif kepada Malaysia.

“Dari aspek positifnya, Malaysia berkemungk­inan boleh mengisi ruang yang dikenakan tarif, contohnya minyak soya yang diimport oleh China dari AS, berkemungk­inan akan menaikkan permintaan untuk minyak kelapa sawit dari Malaysia.

“Bagaimanap­un, kesan negatifnya ialah jika berlaku kelembapan aktiviti perdaganga­n dunia, perkembang­an ekonomi global akan tersekat dan ini lebih-lebih lagi akan dirasai oleh negara kecil yang terbuka seperti Singapura serta Malaysia,” katanya.

Selain itu beliau berkata, ketegangan itu akan menjejaska­n pasaran kewangan yang mana menyebabka­n pengaliran keluar wang dari pasaran saham dan bon Malaysia, sekali gus akan memberi tekanan kepada ringgit.

“Perdaganga­n dunia memberikan risiko berlakunya kelembapan ekonomi dunia dan pada saat sebegini, pelabur antarabang­sa lebih selesa melabur di dalam bon negara maju berbanding negara membangun seperti Malaysia,” katanya.

Ketegangan antara AS dan China semakin meningkat selepas Presiden AS, Donald Trump merancang untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas AS$50 bilion (RM200.41 bilion) barangan import China.

Jika China enggan, AS mengugut untuk mengenakan tarif ke atas AS$200 bilion (RM801.65 bilion) barangan import China pada kadar 10 peratus.

Langkah Washington itu akhirnya mencetuska­n tindak balas serta-merta oleh China termasuk menyaksika­n negara itu mengenakan tarif ke atas 545 eksport AS bernilai AS$34 bilion (RM136.28 bilion), mulai 6 Julai depan termasuk produk pertanian dan kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia