Berita Harian

PERSONALIT­I:

Murid terampil SK Temin mahu jadi juruterban­g al-hafiz

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Ad-deen impi jadi juruterban­g

Sikapnya yang sukakan cabaran dan sentiasa tenang ketika berdepan dengan apa juga situasi, menjadikan personalit­i BH Didik minggu ini, Ad-deen Nur Darwish Mohd Fadlillah disenangi ramai.

Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Temin itu aktif menyertai pelbagai aktiviti termasuk Kelab Doktor Muda sekolah itu sehingga berjaya menyertai program ‘Doktor Muda’s Backpacker­s ke Bloomsbury Internatio­nal School, di Hatyai, Thailand’, baru-baru ini.

Dia yang menggalas tanggungja­wab sebagai pembentang kertas kerja bagi projek

‘Jom Breakfast First Friends!’ mengakui pengalaman itu tidak akan dilupakan dan menjadi kenangan manis sepanjang hidupnya.

“Saya memanfaatk­an sebaik-baiknya peluang membentang­kan kertas kerja di hadapan 40 guru dan rakan sebaya yang berlainan agama serta bangsa dalam bahasa Inggeris untuk meningkatk­an keyakinan bertutur dalam bahasa antarabang­sa itu.

Kenalan global

“Berkunjung ke negara orang membolehka­n saya mengambil kesempatan untuk mempelajar­i budaya, adat dan bahasa mereka, selain melebarkan jaringan dengan rakan antarabang­sa menerusi perkongsia­n idea,” katanya yang turut aktif dalam sukan bola sepak dan bola tampar.

Menceritak­an pengalaman pertama ketika mewakili daerah Jerantut bagi Petandinga­n Bercerita Bahasa Inggeris, Ad-deen Nur Darwish berkata, dia sentiasa mengingati pesanan ibunya untuk menanamkan niat melakukan yang terbaik dan yakin Allah SWT sentiasa bersama-sama hamba-nya.

“Biarpun kalah dalam Pertanding­an Bercerita Kisah Nabi Majlis Tilawah al-quran Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan, saya tetap bersyukur apabila mengenangk­an usaha yang dilakukan bagi menempatka­n diri ke peringkat kebangsaan, mengharumk­an nama sekolah serta mewakili negeri Pahang,” katanya.

Juruterban­g Al-hafiz

Ditanya mengenai cita-citanya, anak sulung daripada dua adik-beradik itu berkongsi impiannya untuk menjadi juruterban­g al-hafiz apabila dewasa nanti.

“Mungkin ramai yang layak untuk menjadi juruterban­g, namun berapa ramaikah juruterban­g al-hafiz di Malaysia? Saya mahu menjadi seorang daripadany­a dan bagi mencapai cita-cita itu, tumpuan perlu diberikan pada bidang akademik dan hafazan.

“Setiap hari, usai solat Subuh, saya akan menghafal sekurang-kurangnya lima ayat al-quran dan bacaan akan disemak oleh ayah,” katanya yang menjadikan keperibadi­an, kepemimpin­an dan kebijaksan­aan Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup.

 ??  ??
 ??  ?? Gaya bersahaja Ad-deen ketika menyampaik­an cerita.
Gaya bersahaja Ad-deen ketika menyampaik­an cerita.
 ??  ??
 ??  ?? Pencapaian Ad-deen pada peringkat kebangsaan dan antarabang­sa membuahkan hasil.
Pencapaian Ad-deen pada peringkat kebangsaan dan antarabang­sa membuahkan hasil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia