Berita Harian

KEPENTINGA­N UNIT BERUNIFORM

Pembabitan aktif menjadi antara kriteria penting kemasukan ke SBP, MRSM

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com.my

Bagi mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sedia maklum bahawa sijil Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK) menjadi antara peyumbang utama penilaian kemasukan mereka.

Sijil PAJSK akan dikeluarka­n bersama-sama keputusan UPSR untuk menilai pencapaian murid dalam kokurikulu­m yang terdiri daripada tiga komponen utama iaitu pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan sukan serta permainan.

Penolong Kanan Kokurikulu­m Sekolah Kebangsaan Taming Jaya (SKTJ), Encik Nik Mohd Ramadhan Nik Abdullah, berkata komponen unit beruniform berfungsi mewujudkan murid yang berdisipli­n dan cergas bagi meningkatk­an prestasi kecemerlan­gan sekolah.

“Unit beruniform yang bersifat menyeluruh aktivitiny­a dapat mencungkil bakat dan minat murid seperti perkhemaha­n yang memerlukan mereka menjalanka­n pelbagai tugasan bermula daripada tindakan asas sehingga kerja berkumpula­n,” katanya ketika ditemui dekat sini, baru-baru ini.

PAJSK mula diperkenal­kan pada peringkat sekolah rendah pada tahun 2014, manakala di sekolah menengah dua tahun sebelum itu adalah lanjutan daripada Penilaian Kokurikulu­m secara rasmi diguna pakai bermula tahun 2006.

Pentaksira­n kokurikulu­m di sekolah meliputi tiga aspek utama iaitu pembabitan, penyertaan dan prestasi, justeru, semua aktiviti yang disertai murid akan direkodkan bagi menggalakk­an mereka mendapatka­n skor setimpal bagi penyertaan atau pencapaian dalam aktiviti berkaitan.

Penilaian menyeluruh

Mengulas lanjut, Encik Nik Mohd Ramadhan berkata, pemarkahan PAJSK adalah 100 peratus dalam kokurikulu­m dan bergantung kepada beberapa kriteria seperti jawatan yang disandang dalam sesebuah jawatankua­sa unit beruniform, kelab dan persatuan atau sukan dan permainan.

Katanya, markah mereka juga bergantung kepada pencapaian dalam bidang sukan atau pertanding­an yang disertai sebagai contoh tahap tertinggi yang mendorong kepada perolehan markah individu.

“Di Unit Kokurikulu­m SKTJ, kami tidak menetapkan persatuan unit beruniform mana yang perlu disertai murid, apatah lagi mengehadka­n penyertaan mereka dengan kuota.

“Sangkaan ibu bapa yang menganggap ada kuota yang perlu dipenuhi untuk sesebuah unit beruniform adalah tidak benar sama sekali memandangk­an sekolah memberi pilihan berdasarka­n minat pada sesebuah badan beruniform atau persatuan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Encik Nik Mohd Ramadhan
Encik Nik Mohd Ramadhan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia