Berita Harian

Tesco Malaysia bantu murid KL

Pasar raya besar terkemuka taja 250 calon UPSR ikuti seminar selama dua hari

- Oleh Siti Syahirah Suhaimi

Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) komited membantu murid kurang berkemampu­an di sekitar ibu negara dengan menyediaka­n peluang pendidikan secara percuma kepada mereka.

Usaha itu dilaksanak­an menerusi jalinan kerjasama dengan The New Straits Times Press (NSTP) dalam menganjurk­an Jelajah BH Didik bersama-sama Tesco kepada sekolah angkat syarikat itu termasuk murid miskin dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK).

Guru pengiring dari SBJK, Puan Norita Masek, berkata inisiatif Tesco Malaysia itu amat baik kerana bukan sahaja mendedahka­n murid dengan teknik menjawab peperiksaa­n sebenar, malah menyuntik motivasi mereka untuk terus belajar bersungguh-sungguh.

Tidak kuasai 3M

“Hal ini kerana rata-rata murid SBJK tercicir dalam pelajaran dan datang daripada keluarga yang tidak menerima pendidikan formal, jadi ada yang tidak menguasai asas membaca, menulis dan mengira (3M) serta lemah dalam pelajaran.

“Bagaimanap­un, dengan teknik dan tip menjawab soalan yang dikongsika­n oleh penceramah di sini, saya yakin sedikit sebanyak akan membantu meningkatk­an pencapaian akademik mereka ke tahap lebih baik di samping lebih bersemanga­t untuk turut sama belajar seperti murid lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Jelajah BH Didik bersama-sama Tesco di Auditorium Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, baru-baru ini.

Yang turut hadir pada perasmian itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie; Ketua Pegawai Komersial NSTP (M) Berhad, Encik Alfian Abu Talib; Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an; Pengurus Besar Jabatan Pendidikan Vertikal NSTP, Cik Farah Ezrin Mohd Rashidi dan Pengurus Besar Pengiklana­n NSTP, Encik Roche Chew.

Pendedahan subjek UPSR

Program dua hari membabitka­n seramai 250 calon UPSR daripada 11 buah sekolah angkat terpilih syarikat itu memberi pendedahan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang disampaika­n oleh guru cemerlang dengan menggunaka­n format pe- periksaan terkini.

Bagi murid SBJK, Siti Nur Anessya Balqis, 12, selepas menghadiri program berkenaan, dia lebih faham cara menjawab soalan dengan penerangan jelas oleh penceramah, biarpun mengakui lemah dalam mata pelajaran Matematik.

Katanya, cara penyampaia­n penceramah amat menarik dan mudah untuk diikuti dan diterapkan ketika mengulang kaji pelajaran.

“Saya tidak mahir dalam topik pembundara­n, tetapi kini saya sudah faham kaedah menjawabny­a. Dengan ilmu yang dikongsi, saya berharap dapat menjawab soalan peperiksaa­n dengan baik dan berjaya satu hari nanti boleh membawa ibu menunaikan umrah serta memberikan­nya kehidupan yang lebih selesa berbanding sekarang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Peserta tekun mengikuti penyampaia­n penceramah.
Peserta tekun mengikuti penyampaia­n penceramah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia