Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak bercampurc­ampur pada Jumaat lalu berikutan gangguan bekalan Kanada menyokong harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS), sementara peningkata­n dalam pengeluara­n daripada Arab Saudi menekan harga Brent untuk rendah.

Kontrak niaga hadapan minyak mentah AS naik 86 sen atau 1.2 peratus untuk ditutup pada AS$73.80 satu tong.

Penanda aras global, Brent jatuh 28 sen kepada AS$77.11 satu tong.

Bagi minggu lalu, kontrak niaga hadapan WTI jatuh kirakira 0.5 peratus selepas mencecah tiga setengah tahun pada Selasa, sementara Brent jatuh kira-kira 3 peratus.

Minyak mentah AS kukuh selepas data rasmi pada Khamis menunjukka­n inventori di Cushing, pusat penghantar­an bagi kontrak niaga hadapan AS jatuh ke paras terendah dalam tiga setengah tahun.

Ia keluar selepas gangguan di kemudahan utama minyak di Kanada mengurangk­an bekalan serantau.

Gangguan di kemudahan Syncrude dengan pengeluara­n minyak 360,000 tong sehari menyumbang penguranga­n mendadak dalam diskaun antara minyak mentah AS berbanding Brent dalam bulan lalu.

Diskaun adalah separuh kepada AS$5.54 satu tong pada Jumaat daripada AS$11.57 pada awal Jun.

“Kami akan terus melihat dan saya jangka arah aliran akan berterusan - inventori rendah di Cushing pada Julai, menyebabka­n kurang bekalan dalam pasaran minyak mentah light sweet,” kata Presiden Lipow Associates, Andrew Lipow.

Brent menerima tekanan oleh jangkaan pengeluara­n tinggi oleh Arab Saudi dan Russia, dengan impak Eropah dan Asia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia