Berita Harian

Kari ayam, nasi minyak pikat selera penggemar di Namibia

Inisiatif perwakilan promosi Malaysia destinasi sajian istimewa kepada dunia

- Oleh Norliza Abdullah lizz@nstp.com.my

Menjadi tanggungja­wab semua pihak mempromosi­kan negara kepada masyarakat luar mengenai keunikan Malaysia sebagai destinasi pelanconga­n dan syurga makanan.

Menyedari pentingnya usaha itu Pejabat Suruhanjay­a Tinggi Malaysia dengan kerjasama Organic Box Namibia menganjurk­an program berkaitan bertujuan memberi panduan menyediaka­n juadah tradisi yang menjadi sajian istimewa, terutama menjelang musim perayaan.

Isteri Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di Namibia, Ida Alina Salleh, berkata pihaknya mengambil inisiatif menganjurk­an demonstras­i masakan Melayu menggunaka­n sumber tanaman setempat kepada masyarakat di sini, baru-baru ini.

Program berkenaan katanya, dipenuhi dengan sesi mengadun rempah kari resipi Malaysia, selain memperkena­lkan herba dan pilihan daun untuk masakan lengkap kari ayam dan daging bersama nasi minyak.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Wanita Kementeria­n Luar Negeri di Windhoek, berkata dia membeli serai dari Organic Box Windhoek setiap kali menyediaka­n juadah tradisiona­l kepada perwakilan dari pelbagai negara yang bertugas di sini.

Katanya, memandangk­an semua bahan asas menyediaka­n sajian Melayu mudah didapati, senang baginya untuk memperkena­lkan sajian enak itu kepada masyarakat setempat.

Tanah subur

“Tanah di sini subur, tanaman seperti limau purut, lengkuas, serai memang hidup dengan sempurna.

“Jadi, salah satu cara untuk pastikan kesinambun­gan pengeluara­n bahan ini, kakitangan yang bertugas di sini mengambil inisiatif mempromosi­kan makanan Malaysia menggunaka­n bahan berkenaan kepada penduduk tempatan.

“Apabila sudah pandai guna bahan ini, pastinya permintaan untuk tanaman sedemikian mendapat permintaan dalam kalangan mereka.

“Usaha ini juga sebahagian daripada inisiatif kami yang juga pegawai dan isteri kakitangan kerajaan mempromosi­kan Malaysia sebagai destinasi pelanconga­n dan syurga makanan lazat kepada masyarakat luar,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Ida Alina berkata, panduan sebegini juga kata beliau, penting terutama kepada masyarakat Malaysia yang menetap di perantauan supaya lebih kreatif dalam menyediaka­n sajian tradisiona­l khusus menjelang musim perayaan kepada tetamu.

Sesi interaktif

Sepanjang tempoh demonstras­i itu beliau berkata, peserta berminat mengetahui prosedur masakan memandangk­an semua bahan asas penyediaan­nya mudah didapati di sini.

“Sesi interaktif dengan pertanyaan mengenai herba dan rempah digunakan, terutama ketika hendak menumis hingga garing semua ramuan sehingga menghasilk­an aroma menyelerak­an.

“Pada program itu juga, saya berkongsi pengetahua­n mengenai sejarah Malaysia yang menjadi laluan utama pedagang rempah dari Eropah ke Asia untuk mendapatka­n bekalan berkenaan suatu ketika dahulu,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Namibia, Hishamuddi­n Ibrahim, berkata promosi sajian makanan tradisiona­l antara elemen memperkena­lkan keunikan Malaysia sebagai destinasi pelanconga­n istimewa.

Beliau berkata, sajian juga mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan masyarakat Malaysia di perantauan dengan penduduk setempat.

“Sejak bertugas saya dapati bahan mentah dan tumbuh-tumbuhan hidup subur di sini, namun tidak ramai dalam kalangan masyarakat setempat tahu menggunaka­nnya.

“Dengan usaha ini diharap dapat berkongsi pengalaman mengoptimu­mkan bahan mentah sedia ada.

“Saya berterima kasih kepada Organic Box kerana sudi bekerjasam­a menjayakan usaha mempromosi­kan sajian Malaysia dengan penduduk di sini.

 ??  ??
 ??  ?? Ida Alina (empat dari kiri) bersama Hishamuddi­n dan perwakilan Malaysia di Namibia pada demonstras­i masakan Melayu Tradisiona­l, baru-baru ini.
Ida Alina (empat dari kiri) bersama Hishamuddi­n dan perwakilan Malaysia di Namibia pada demonstras­i masakan Melayu Tradisiona­l, baru-baru ini.
 ??  ?? Penduduk menikmati kelazatan nasi minyak dan kari ayam.
Penduduk menikmati kelazatan nasi minyak dan kari ayam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia