Berita Harian

Perkukuh model sistem sokongan kalangan keluarga, kenalan

- Raja Nurul Balqis Raja Md Arif, Ketua HELWA ABIM Wilayah Persekutua­n.

4 Julai lalu, kita digemparka­n dengan tragedi kematian Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, berusia lima bulan ketika dalam jagaan pengasuhny­a.

Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Wilayah Persekutua­n menggesa masyarakat buat sementara waktu memberikan ruang privasi kepada ibu bapa ‘bayi syurga’ itu, di samping menghormat­i pihak berkuasa yang sedang melakukan siasatan lanjut.

Kami merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan mendoakan ibu bapanya diberi kekuatan dan kecekalan hati, menggesa isu penjagaan kanak-kanak di diberi perhatian serius, selain memperkema­skan kerjasama antara pihak berkuasa, pusat penjagaan kanak-kanak dan ibu bapa.

Kejadian membabitka­n keselamata­n bayi dalam asuhan bukanlah kali pertama diperkatak­an. Namun, kejadian seperti itu tidak bermakna kita perlu menafikan wujudnya khidmat pusat asuhan serta penjagaan kanak-kanak yang beroperasi dengan baik dan teratur, untuk memenuhi keperluan suasana yang agak mendesak.

700,000 wanita bekerja

Statistik menunjukka­n penyertaan wanita di Malaysia dalam sektor pekerjaan meningkat kepada 54.3 peratus. Pada 2017, lebih 700,000 wanita bekerja dalam pelbagai sektor, sekali gus menyumbang 0.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Peningkata­n ini jelas menunjukka­n wanita ingin bersama memacu pembanguna­n negara, tanpa mengetepik­an peranan mereka sebagai isteri dan ibu dalam keluarga.

Justeru, kami berasakan sudah sampai masanya masyarakat bersama-sama membina sebuah model sistem sokongan untuk dilaksanak­an, bermula secara berkelompo­k yang berskala kecil di dalam wilayah pengaruh masingmasi­ng.

Model sistem sokongan berkenaan sangat penting bagi meringanka­n beban khususnya dalam kalangan keluarga muda dengan ibu bapa mempunyai komitmen kerjaya yang perlu dipenuhi.

Model sistem sokongan ini boleh dikenal pasti bukan sahaja dalam kalangan keluarga terdekat, malah membabitka­n jiran, rakan karib, mahukan rakan persatuan serta pertubuhan komuniti. Pembinaan model sokongan boleh dimulakan daripada kumpulan kecil dalam ruang pengaruh kita.

Bertitik dari situ sesi pertemuan berkala seperti usrah serta ziarah perlu diadakan secara konsisten, untuk membina kepercayaa­n yang akan membentuk ‘keluarga besar’ yang tidak mempunyai pertalian darah namun, masih dalam kalangan mereka yang dikenali dan dipercayai.

Pusat asuhan komuniti

Daripada model sokongan itu, kami juga berpandang­an masyarakat atau sesebuah badan komuniti boleh membangunk­an pusat asuhan kanak-kanak untuk dimanfaatk­an oleh ibu bapa yang memerlukan.

Yang paling penting, sekiranya pusat ini dilengkapi sistem pemantauan dan sokongan kerajaan untuk menyediaka­n ruang latihan dan dokumentas­i perundanga­n dalam bentuk pelesenan.

Mengambil maklum peranan Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Negara (LPPKN) membangunk­an Modul Pendidikan Keselamata­n Keluarga dan Anak (PEKA), khusus sebagai latihan dan kesedaran keselamata­n kanak-kanak yang diajarkan di TADIKA dan pusat asuhan.

Kami menyambut baik usaha dilakukan pihak berwajib dan diharap penambahba­ikan sentiasa dilakukan supaya kejadian seumpama itu tidak berulang.

Kami juga menyeru orang awam menggunaka­n media sosial sebaikbaik­nya dengan menjaga batas dan sensitivit­i, dengan meletakkan rasa empati tinggi kepada keluarga mangsa. Proses pendidikan masyarakat perlu berterusan dan seiring untuk membina negara maju dan sejahtera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia