Berita Harian

Bawa keluar dalam 4 kumpulan

Operasi menyelamat dijangka ambil masa tiga hari

- Mae Sai

Operasi menyelamat 12 budak sekolah dan jurulatih bola sepak mereka dari gua di sini bermula semalam membabitka­n rancangan membawa mereka keluar dalam empat kumpulan.

Kumpulan pertama membabitka­n empat orang manakala kumpulan kedua, tiga dan empat sebanyak tiga orang dan jurulatih mereka dalam kumpulan terakhir, lapor akhbar Bangkok Post yang memetik sumber.

Usaha itu bermula semalam selepas lebih dua minggu mereka terperangk­ap dalam gua berkenaan yang dinaiki air.

Operasi itu menghadapi cabaran besar kerana anggota penyelamat dan remaja terbabit perlu melepasi laluan sempit selebar tidak lebih 0.6 meter dalam keadaan gelap gelita untuk keluar dari situ.

Pihak berkuasa menekankan laluan sempat dekat ‘T-junction’ atau Sam Yak dalam bahasa Thai sebagai lokasi paling bahaya dalam perjalanan keluar meskipun ada juga perkara yang boleh memberi masalah.

Operasi menyelamat itu juga dijangka mengambil masa dua hingga tiga hari untuk tamat dan bergantung kepada faktor seperti cuaca, kata pegawai tentera, Mejar Jeneral Chalongcha­i Chaiyakorn, kepada wartawan.

Seramai 13 penyelam asing dan sekumpulan penyelam Tentera Laut Thailand terbabit dalam usaha menyelamat.

Air dipam keluar

Operasi membawa keluar remaja dan jurulatih mereka dilancarka­n selepas cuaca agak baik baru-baru ini membolehka­n 100 juta liter air dipam keluar dari gua berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Menyekat Bencana dan Mitigasi di Kementeria­n Dalam Negeri, Kobchai Boonyaoran­a, berkata paras air di gua itu terus menurun dan hujan tidak dijangka lebat.

Bagaimanap­un, peramal cuaca memberi amaran bahawa hujan lebat masih boleh berlaku dan menyebabka­n air mengisi ruang gua sepenuhnya.

Mereka berkata, peluang untuk hujan lebat adalah 60 peratus petang semalam dan mungkin lebih lebat mulai hari ini hingga Khamis.

Ketika usaha menyelamat utama itu dilancarka­n, pegawai masih cuba mencari jalan lain bagi membawa keluar remaja dan jurulatih mereka.

Anggota penyelamat sudah menggerusi lubang di sekitar kawasan ruang gua berkenaan bagi mencari laluan menyelamat alternatif.

Malah, usahawan bilionair ,Elon Musk membuat kenyataan melalui Twitter bahawa syarikat roket miliknya iaitu Spacex di Los Angeles sedang membina kapal selam mini bagi membantu operasi menyelamat.

Pembinaann­ya akan ambil masa lapan jam dan penghantar­an kapal selam mini itu akan mengambil masa 17 jam ke Thailand.

Satu pasukan syarikat Musk yang ada kepakaran menggali dan eksplorasi dijangka tiba di lokasi gua itu semalam.

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Kawalan keselamata­n diperketat­kan ketika operasi menyelamat giat dijalankan.
[ FOTO EPA ] Kawalan keselamata­n diperketat­kan ketika operasi menyelamat giat dijalankan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia