Berita Harian

AS berlagak ‘gengster’ ketika rundingan: Pyongyang

-

Tokyo: Proses damai di antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara dilanda krisis semalam selepas Pyongyang menyuaraka­n kemarahan dengan lagak ‘gengster’ Washington yang menuntutny­a segera melakukan pelucutan senjata nuklear selepas dua hari berunding.

Kementeria­n Luar Korea Utara membidas Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo kerana cuba mendapatka­n komitmen Pyongyang susulan janji pemimpin negara itu, Kim Jongun dalam sidang kemuncak bulan lalu dengan Presiden Donald Trump untuk membebaska­n senjata nuklear dari Semenanjun­g Korea.

Agensi berita KCNA menyiarkan kenyataan jurucakap kementeria­n yang berkata, Pompeo mengemukak­an tuntutan seperti ‘gengster’ dalam isu itu tanpa menawarkan langkah sama dari AS.

“Nampaknya AS salah faham dengan sikap kami untuk bertolak ansur dan bersabar,” katanya.

Tidak sedia beri jaminan

Pyongyang menekankan, ia sudah memusnahka­n sebuah tapak ujian nuklear - dirujuk Trump sebagai ‘kemenangan untuk keamanan’ serta kesal kerana Pompeo tidak sedia beri jaminan bahawa AS juga akan turut ambil langkah sama.

Ia menyifatka­n arahan Trump untuk menggantun­g latihan perang AS dan Korea Selatan sebagai langkah kosmetik dan boleh ditukar bila-bila masa selain mengkritik perunding AS yang tidak pernah menyebut soal menamatkan perang Korea 1953 dengan perjanjian damai rasmi.

Bercakap di Tokyo, Pompeo berkata, usahanya untuk mendesak Korea Utara melakukan pelucutan senjata mendapat sokongan masyarakat antarabang­sa.

“Jika permintaan itu dibuat seolah-olah seperti ‚gengster‘, dunia memang seperti itu kerana tidak ada keputusan sebulat suara Majlis Keselamata­n Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) bagaimana ia boleh dicapai,” katanya.

Ketika menekankan sekali lagi bahawa rundingan mencapai kemajuan, beliau juga menegaskan bahawa belum ada sesuatu yang membolehka­n sekatan ke atas Korea Utara dilonggark­an berhubung program senjata nuklearnya.

“Sekatan akan dikekalkan sehingga pelucutan senjata nuklear muktamad seperti dipersetuj­ui Kim berlaku,” kata Pompeo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia