Berita Harian

India sasar pemilik bahan lucah kanak-kanak

-

New Delhi: India sedang berusaha menguatkua­sakan pengharama­n penuh terhadap manamana pihak yang terbabit dalam kegiatan pornografi kanakkanak dengan meminda undangunda­ng penderaan seks kanakkanak.

Ini termasuk menjadikan kesalahan kepada sesiapa yang memiliki pornografi kanakkanak, berbeza dengan peruntukan sekarang yang menyasarka­n pengeluar filem itu, pihak yang mengedarka­n atau menjualnya.

Perubahan ini adalah sebahagian daripada pindaan kepada undangunda­ng melindungi kanakkanak daripada melakukan jenayah seks 2012 dan kesalahan boleh membawa hukuman penjara lima tahun, lapor sumber kepada portal berita NDTV.

Pindaan berkenaan menjadikan hukuman bagi kesalahan merogol sejajar dengan fasal dalam kanun keseksaan yang menyaksika­n pindaan awal tahun ini termasuk mengenakan hukuman mati dan penjara lebih lama kepada perogol kanakkanak.

Ia juga menjadikan kesalahan jenayah kepada manamana pihak yang memberi bahan kimia atau hormon kepada kanakkanak bertujuan membantu mereka lebih cepat baligh.

Malah, petugas di rumah perlindung­an yang menerima suapan untuk membenarka­n seseorang kanakkanak dicabul juga menghadapi hukuman penjara minimum 20 tahun.

Pindaan itu disokong menteri dan dijangka dibentang minggu depan untuk kelulusan Parlimen.

Wujud percanggah­an pendapat sama ada bahan lucah kanakkanak wajar diharamkan sama sekali sebelum ini.

Tahun lalu, kerajaan memberitah­u mahkamah bahawa ia telah menyekat beriburibu laman web kanakkanak.

Kerajaan sudah menjadikan satu kesalahan jenayah bagi manamana pihak yang menerbit, menyiar dan memuat turun bahan lucah kanakkanak mengikut Akta Teknologi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia