Berita Harian

Kembar terjah majlis, curi beg pengantin

Hukuman ringan kerana menghidap masalah psikiatri

-

Sepasang kembar dihukum penjara lima dan 10 hari selepas memutuskan untuk ‘terjah’ sebuah majlis makan perkahwina­n dan mencuri beg perkahwina­n pengantin.

Pihak pendakwa berkata, kembar itu sepatutnya dihukum penjara tujuh tahun dan didenda tetapi mahkamah mengenakan hukuman lebih ringan kerana mereka menghidap satu masalah psikiatri yang tidak didedahkan kepada umum.

Kembar berusia 30 tahun ini menyertai sambutan perkahwina­n di sebuah restoran pada 19 November lalu sekali pun tidak diundang dan tidak mengenali sesiapa pun di situ, lapor akhbar The New Paper, di sini.

Selepas selesai makan malam, mereka menyertai tetamu lain dengan berbaris untuk mengucapka­n tahniah kepada pengantin baharu berkenaan.

Ketika berada dekat seorang pengapit pengantin, seorang daripada kembar menipu apabila memberitah­unya bahawa dia diminta mengambil satu beg berwarna merah jambu milik pengantin perempuan.

Beg itu mengandung­i beberapa barangan seperti cawan kopi, pen dan foto bernilai S$150 (RM446).

Pengantin perempuan tidak lama selepas ini menyedari beg itu hilang dan kemudian mendapat tahu kembar terbabit adalah tetamu tidak diundang.

Dia kemudian mencari dan menemui kembar terbabit dekat satu perhentian teksi dan mendesak penjelasan dan penyerahan beg itu.

Berikutan itu, seorang kem bar dihukum penjara lima hari manakala seorang lagi 10 hari.

Turut didedahkan kepada mahkamah yang mengenakan hukuman itu kelmarin ialah kembar terbabit sebelum daripada itu telah mencuri tiga beg tangan dan satu dompet bernilai S$640 (RM1,904) dari sebuah kedai di Bugis Junction.

Meskipun beg dan dompet itu dipasang tag pengesan, kembar terbabit berjaya membawanya keluar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia