Berita Harian

Nasib Pahang di tangan FAM

-

Kuala Lumpur: Kejayaan Pahang merangkul Piala FA menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil mencetuska­n ‘drama’ membabitka­n kelayakan pasukan itu untuk beraksi pada saingan Liga Juara Juara Asia (ACL) musim depan.

Selaku juara Piala FA, skuad Tok Gajah itu memperoleh satu slot ke saingan tertinggi benua Asia itu apabila layak beraksi di pusingan kedua kelayakan selepas Malaysia mendapat slot 1+1 daripada Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) bagi musim 2019 dan 2020.

Namun, pasukan itu tidak dibenarkan memohon lesen AFC selama dua tahun daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan keengganan mereka mewakili negara ke saingan Piala AFC musim ini.

Bagaimanap­un, ada sinar baharu buat Pahang selepas mereka masih berpeluang menjadi wakil negara, sekali gus mengiringi juara Liga Super musim ini ke saingan penuh kompetitif itu.

Bukan larangan FAM

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam mengesahka­n larangan permohonan lesen hanyalah daripada pihak FAM dan bukan daripada pihak AFC sendiri.

“Melihat kepada situasi ini, larangan daripada FAM, jadi mungkin ia bergantung kepada budi bicara mereka. Hanya FAM boleh membuat keputusan jika mahu memberi pelepasan atau alternatif yang wajar dan sesuai.

“Apapun, jika Pahang tidak diberikan kebenaran untuk bertanding, slot kedua itu secara automatik akan diberikan kepada naib juara Liga Super musim ini.

“Keputusan ini sama seperti apabila slot ke Piala AFC musim ini yang sepatutnya diberikan kepada juara Piala FA musim lalu iaitu Kedah akhirnya ditawarkan kepada Pahang yang muncul sebagai naib juara liga musim 2017,” katanya ketika dihubungi.

Hanya FAM boleh membuat keputusan jika mahu memberi pelepasan atau alternatif yang wajar dan sesuai” Kevin Ramalingam‚ Ketua Pegawai Eksekutif MFL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia