Berita Harian

Selangor kalah kerana kekal strategi

-

Kuala Lumpur: Adakah Nazliazmi Nasir‚ memperjudi­kan nasib pasukannya apabila menurunkan beberapa pemain muda kurang berpengala­man bagi menghadapi cabaran Pahang pada aksi final Piala FA?

Percaturan berani Nazliazmi menyaksika­n beliau menurunkan empat pemain muda dan hanya tiga pemain import dalam kesebelasa­n utama dengan Evan Dimas serta dua pemain senior, Azamuddin Akil dan Joseph Kalang Tie hanya diletakkan pada bangku simpanan.

Keputusan Nazliazmi membawa masuk tiga pemain itu pada babak kedua nyata mengubah sedikit corak permainan The Red Giants apabila berjaya mengasak Pahang di hujung permainan, namun sukar untuk mereka bangkit memandangk­an sudah ketinggala­n dengan dua gol.

Pertahan keputusan

Bagaimanap­un, Nazliazmi mempertaha­nkan pemilihan pemain untuk aksi penting itu kerana ingin mengekalka­n kesebelasa­n utama sama seperti pada dua aksi separuh akhir bertemu PKNS FC sebelum ini.

“Saya kekalkan barisan pemain sama kerana saya tidak boleh membuat perubahan begitu drastik untuk aksi final ini.

“Saya meletakkan sepenuh keyakinan pada pemain muda dan mereka turut dibantu pemain senior yang lain di atas padang seperti Razman Roslan dan Amri Yahyah yang menunjukka­n aksi yang begitu baik.

“Memang ada pemain muda gugup, namun mereka bangkit memperaga aksi lebih baik pada babak kedua tetapi apa yang boleh saya katakan adalah pengalaman jelas menjadi pemisah untuk pasukan Selangor,” katanya.

Terdahulu, impian Selangor untuk menempah tiket ke pusingan kelayakan Liga Juara Juara Asia (ACL) musim depan lebur selepas dijinakkan Pahang 2-0 pada pentas akhir itu.

Ini sekali gus menyaksika­n mereka meneruskan kemarau sembilan tahun untuk merangkul trofi berprestij itu sejak kali terakhir memenangin­ya pada 2009 - menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti.

Saya meletakkan sepenuh keyakinan pada pemain muda dan mereka turut dibantu pemain senior yang lain di atas padang seperti Razman Roslan dan Amri Yahyah yang menunjukka­n aksi yang begitu baik” Nazliazmi Nasir‚ Jurulatih Selangor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia