Berita Harian

Rayu untuk ke pentas Asia

-

menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Penggantun­gan dua tahun

Bagaimanap­un, impian melihat Tok Gajah beraksi di peringkat tertinggi semuanya bergantung kepada pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), sama ada mahu membuat rayuan atau sebaliknya terhadap penggantun­gan dua tahun yang dikenakan sebelum ini.

“Itu saya serahkan kepada pengurusan (rayuan). Secara peribadi, saya mahu beraksi di pertanding­an itu kerana saya lihat pasukan ini ada ramai pemain berkualiti.

“Saya rasa jika dapat beraksi, kita boleh pergi jauh. Macam kerugian (kalau tidak beraksi di pentas Asia).

“Tetapi kita kena akur kepada keputusan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia),” kata Dollah selepas tamat final Piala FA.

Sebelum ini, Pahang ‚digantung‘ dua tahun daripada memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun selepas enggan menerima pelawaan untuk mewakili Kedah ke pertanding­an Piala AFC, dengan alasan mahu memberi fokus kepada saingan domestik.

Ingkar arahan FAM

Pahang didapati melanggar Artikel 14 Statut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana ingkar arahan badan induk itu dan ini menyaksika­n skuad Tok Gajah tidak akan mewakili negara ke Liga JuaraJuara Asia 2019 dan 2020.

Mengikut peruntukka­n statut FAM, Artikel 14 Status FAM obligasi ahli menuntut pasukan mematuhi sepenuhnya statut, peraturan, arahan dan keputusan FIFA, AFC dan FAM pada setiap masa.

Pada aksi Sabtu lalu, pengalaman nyata jadi pemisah buat kedua-dua pasukan dan dua gol Pahang dihasilkan oleh Nor Azam Azih pada minit ke-22 diikuti jaringan Patrick Cruz menerusi sepakan penalti, minit ke-62. Jurulatih Pahang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia