Berita Harian

Hadiah untuk penyokong setia Tok Gajah

-

Kuala Lumpur: Pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA, Mohamadou Sumareh mendedikas­ikan kejayaan Pahang menjulang Piala FA kepada seluruh penyokong Tok Gajah yang kekal setia dengan pasukan tanpa mengira menang atau pun kalah.

Pemain kelahiran Gambia itu beraksi bagaikan ‘lipas kudung’ buat Pahang untuk tampil selaku watak utama kepada pasukannya untuk menewaskan Selangor 2-0 pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Sambil mengakui beraksi dalam keadaan rasa sakit, Sumareh berkata penyokong adalah motivasi utamanya untuk terus memberikan yang terbaik buat pasukan.

“Penyokong adalah segalagala­nya. Merekalah motivasi saya kerana terus menyokong saya dalam apa juga situasi, menang ataupun kalah dan saya cukup menghargai mereka.

“Saya menantikan detik ini dan akhirnya kami berjaya,” katanya.

Pada aksi kelmarin, pengalaman nyata jadi pemisah buat kedua-dua pasukan dan dua gol Pahang dihasilkan oleh Nor Azam Azih pada minit ke-22 diikuti jaringan Patrick Cruz menerusi sepakan penalti, minit ke-62.

Detik permulaan

Malah Sumareh juga menyifatka­n kejayaan semalam sebagai detik permulaan buatnya dan pasukan untuk terus mengimpika­n lebih banyak kejuaraan pada masa akan datang.

“Saya gembira dengan rakan sepasukan dan seluruh kakitangan pasukan atas segala kerja keras yang dilakukan sehingga menghasilk­an kejayaan ini.

“Saya anggap ini sebagai permulaan dan harap dapat memberi lebih baik lagi pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menyampaik­an piala pemain terbaik kepada Mohamadou Sumareh pada Final Shopee Piala FA 2018 di Stadium Bukit Jalil, kelmarin.
Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menyampaik­an piala pemain terbaik kepada Mohamadou Sumareh pada Final Shopee Piala FA 2018 di Stadium Bukit Jalil, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia