Berita Harian

Torreira hampir pasti ke Arsenal

-

London: Arsenal bersetuju untuk membayar 26.5 juta pound (RM142.2 juta) kepada Sampdoria untuk mendapatka­n khidmat pemain tengah berusia 22 tahun, Lucas Torreira.

Torreira pada mulanya dijangka menjalani ujian perubatan bersama Arsenal ketika saingan Piala Dunia di Russia bagaimanap­un dia menolak tawaran skuad Gunners itu.

Berdasarka­n laporan Football London, Arsenal berharap untuk melengkapk­an perpindaha­n Torreira itu pada hujung minggu depan selepas Uruguay tersingkir daripada kempen Piala Dunia, Jumaat lalu.

Arsenal membenarka­n Torreira untuk pulang ke negara asalnya Uruguay jika pemain itu mahu, namun dia perlu terbang ke London terlebih dulu untuk melengkapk­an ujian perubatan dan menandatan­gani kontrak selama empat tahun.

Lakukan sendiri ujian perubatan

Torreira secara terbuka membuat kenyataan mengenai isu perpindaha­nnya ke kelab London apabila mendedahka­n keputusan untuk menolak permintaan Arsenal bagi membolehka­n ujian perubatan itu dilakukann­ya sendiri.

Ketika ditanya adakah dia mahu melakukan ujian perubatan selepas kempen Piala Dunia, Torreira berkata: “Ya, kita boleh melakukann­ya dengan cara berbeza, tapi saya belum mahu memikirkan perkara lain.

“Piala Dunia penting dan menjadi sebahagian daripada skuad ini amat bermakna buat saya. Tapi sekarang saya mempunyai masa untuk memikirkan masa depan lebih jelas.”

Torreira bakal menjadi pemain keempat ditandatan­gani pengurus baharu Arsenal, Unai Emery selepas Stephan Lichtstein­er, Bernd Leno dan Sokratis Papastatho­poulos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia