Berita Harian

‘Bola mati’ senjata sulit utama

-

Moscow: England memanfaatk­an sebahagian besar situasi ‘bola mati’ atau bola mati di Russia dengan lapan daripada 11 gol dijaringka­n, sekali gus membantu mereka melangkah ke separuh akhir Piala Dunia.

Mereka paling banyak meledak jaringan dalam situasi berkenaan dengan Colombia, Uruguay, Portugal dan Russia meledak empat gol menerusi set-piece. Lapan gol menerusi set-piece itu menjadikan jumlah jaringan paling banyak di Piala Dunia, sejak Portugal turut melakukan jumlah yang sama pada edisi 1966.

Maguire melakukan tandukan membuka jaringan ketika menentang Sweden menerusi sepakan penjuru, jaringan keempat yang dilakukan dengan cara sama. Mereka turut meledak tiga penalti yang disempurna­kan Kane selain satu gol menerusi sepakan percuma.

Kane mengetuai senarai pemenang Kasut Emas dengan enam gol, namun separuh daripadany­a adalah menerusi sepakan penalti. Dia mengakui seharusnya dihadiahka­n dua lagi sepakan penalti selepas dikasari dalam kotak penalti ketika menewaskan Tunisia, namun tidak diberikan pengadil.

Tiga lagi jaringan England hadir menerusi permainan terbuka oleh Jesse Lingard ketika menentang Panama, Dele Alli sewaktu menentang Sweden and Kane ketika menentang Panama.

Tumpu latihan ‘bola mati’

Jurulatih serangan England, Allan Russell diberikan pujian kerana meningkatk­an pendekatan pasukannya dalam aspek set-piece di Russia.

Mereka hadir ke Russia dengan rekod buruk dalam aspek set-piece, gagal meledak jaringan menerusi sepakan penjuru dalam kejohanan utama sejak edisi 2010 dengan Matthew Upson meledak jaringan menerusi hantaran Steven Gerrard ketika tewas 1-4 kepada Jerman.

“Kami menghabisk­an banyak masa untuk set-piece,” jelas Ruben Loftus-cheek. “Melihat secara terperinci, larian dan hadangan. Melihat ia berhasil di padang adalah sesuatu yang memuaskan.”

Harry Kane menambah: “Allen memberi tumpuan sentuhan penyudah dengan kami, memberitah­u mengenai pertahanan lawan, penjaga gol dan peluang untuk kami mengeksplo­itasi kelemahan.

“Kami semua sudah beraksi di tahap tertinggi, jadi beliau tidak memberi tumpuan kepada teknik atau cara menendang bola. Ia hanya perkara yang mungkin memberikan kelebihan dan ruang kepada kami. Beliau merangka corak serangan, yang berjalan lancar ketika ini dan kami banyak memberi tumpuan pada sesi latihan. AGENSI

 ??  ?? Janne Andersson
Janne Andersson
 ??  ?? Harry Maguire menjaringk­an gol pertama England menentang Sweden.
Harry Maguire menjaringk­an gol pertama England menentang Sweden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia