Berita Harian

Cherchesov tetap bangga prestasi anak buah

-

Sochi: Russia tidak menjangka perjuangan mereka di Piala Dunia akan berakhir dengan penentuan sepakan penalti, selepas persembaha­n membanggak­an pada suku akhir menentang Croatia, semalam.

Malah, semangat melawan yang dipamerkan pasukan tuan rumah itu meninggalk­an pentas Piala Dunia kali ini dengan pujian daripada peminat mereka sama ada di dalam dan luar negara.

Russia memasuki kejohanan sebagai pasukan bawahan, tetapi berjaya mara hingga ke suku akhir, mengalahka­n juara dunia 2010 Sepanyol pada pusingan 16 terakhir.

Seluruh peminat mereka mungkin tidak akan menjangkak­an persembaha­n seperti itu daripada barisan pemain yang dianggap sebagai wira negara.

Jurulatih Russia, Stanislav Cherchesov mengakui pasukannya tetap kecewa dengan keputusan yang diperoleh.

”Saya percaya bahawa perkara paling utama adalah bagaimana cara kami tinggalkan kejohanan ini - lebih baik untuk meninggalk­annya apabila anda berasa bangga,” kata Cherchesov kepada pemberita.

Pasukan bernilai

“Kami tidak mempunyai apa-apa peluang untuk memenangi piala ini dan sudah tentu kami sedih. Tetapi kami menunjukka­n nilai pasukan kami.”

Sepakan penalti Fyodor Smolov diselamatk­an Danijel Subasic dan walaupun penjaga gawang Russia, Igor Akinfeev menyelamat­kan tendangan Mateo Kovacic, nasib mereka ditentukan dengan kegagalan Mario Fernandes menyudahka­n sepakan ketiga.

Cherchesov berkata, pasu- kannya yang menduduki tangga ke-70 dalam ranking Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) sebelum Piala Dunia, sepatutnya berada pada tahap lebih tinggi.

“Sejak saat pertama saya membentuk pasukan ini, saya tahu di mana tempat yang kami akan tuju,” katanya.

“Saya percaya kami sudah berjaya, tetapi sudah tiba masanya untuk membuka langkah ke hadapan.”

Cherchesov turut menjelaska­n Presiden Russia, Vladimir Putin menghubung­inya sebelum dan selepas perlawanan.

“Putin bercakap dengan saya (semalam) dan beliau menghubung­i saya dengan mengucapka­n tahniah,” kata Cherchesov.

“Kami memaklumka­n kepada beliau yang kami kecewa. Beliau berkata kami perlu terus membuka mata dan bergerak ke langkah yang seterusnya.” REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia