Berita Harian

Misi sekat Hazard, Lukaku

Pertahanan Perancis akur status pasukan pilihan bukan satu kelebihan

-

Sehari selepas menjaringk­an gol pertamanya di Piala Dunia, pertahanan Perancis, Raphael Varane menegaskan pasukannya perlu menyekat serangan bertali arus Belgium apabila bertemu lawan itu di pentas separuh akhir Piala Dunia 2018 di St Petersburg, awal pagi Rabu ini.

Varane, yang berjaya menanduk masuk bola sepakan percuma Antoine Griezmann untuk gol pembukaan dalam kemenangan 2-0 ke atas Uruguay di peringkat suku akhir berkata, dia gembira dengan kematangan dan kemajuan ditunjukka­n oleh barisan pemain muda Perancis sekarang.

“Saya amat gembira kerana berjaya menjaringk­an gol dan ia amat menyenangk­an. Kami menghadapi permainan penuh dengan cabaran fizikal dan berjaya melaluinya,” kata pemain pertahanan tengah, Real Madrid itu.

“Pengalaman bermain dalam pertanding­an besar ini penting bagi membantu kami mengelak melakukan kesilapan kecil. Kami mempunyai pasukan yang agak muda dan mereka menunjukka­n banyak kemajuan dan kematangan sejak kejohanan bermula.

“Kami perlu memperkuku­hkan benteng pertahanan dan sentiasa mampu menyesuaik­an diri dengan kekuatan lawan.”

Lebih berwaspada

Dengan Belgium menunjukka­n corak permainan menyerang ketika menewaskan Brazil 2-1 di peringkat suku akhir, Varane menegaskan mereka perlu berwaspada dan mengawal pergerakan tonggak utama Belgium - Romelu Lukaku dan Eden Hazard.

“Ini adalah perlawanan separuh akhir Piala Dunia... Jadi tiada pasukan mempunyai kelebihan biarpun diletakkan sebagai pilihan.

“Belgium adalah pasukan muda namun kami semakin menunjukka­n kematangan. Kami tahu perlawanan itu memang sengit.

“Romelu Lukaku boleh memberikan masalah kepada mana-mana pemain pertahanan. Jadi kami tidak boleh membuka ruang kepada Lukaku kerana beliau adalah pemain berkualiti.

“Saya juga tahu corak permainan Eden kerana pernah bermain menentangn­ya ketika mewakili Lille. Dia adalah pemain berkualiti dan mempunyai kemahiran menggelece­k yang baik. Jadi kami tidak boleh memberi ruang kepadanya dan perlu mengawal mereka,” katanya.

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Didier Deschamps (kanan) bersama penjaga gol Steve Mandanda (depan kiri) tiba di padang untuk sesi latihan pasukan kebangsaan Perancis di Stadium Glebobets, wilayah Istra di luar Moscow.
[ FOTO EPA ] Didier Deschamps (kanan) bersama penjaga gol Steve Mandanda (depan kiri) tiba di padang untuk sesi latihan pasukan kebangsaan Perancis di Stadium Glebobets, wilayah Istra di luar Moscow.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia