Berita Harian

Henry jadi ‘pengkhiana­t’ Perancis

-

Moscow: Bekas pemain antarabang­sa Perancis, Thierry Henry, bakal berdepan dilema di Saint Petersburg, awal pagi Rabu ini.

Henry yang membantu Perancis bergelar juara dunia 1998 kini akan berusaha untuk menyingkir­kan Les Bleus daripada kempen Piala Dunia di Russia.

Bekas pemain Arsenal dan Barcelona itu yang diserapkan dalam barisan kejurulati­han Belgium oleh Roberto Martinez bakal berdepan perasaan berbelah-bahagi apabila pasukan- nya menentang Perancis di separuh akhir.

Ada yang menganggap, sentuhan Henry banyak membantu kemaraan Belgium di Russia khususnya ketika menyingkir­kan Brazil di suku akhir.

Ini kali ketiga sejak 1998, lagenda Perancis itu membenam harapan Brazil di Piala Dunia. Selepas final di Paris yang berakhir dengan kemenangan 3-0, Henry sendiri menjaringk­an gol untuk menyingkir­kan Brazil pada Piala Dunia 2006 di Jerman.

Ketika tiba di Kenya beberapa bulan sebelum Piala Dunia 2018 bermula, Henry jelas tidak senang apabila ditanya kemungkina­n berlakunya pertemuan Belgium dengan Perancis di Russia.

Dilema Henry

Beliau berkata: “Saya akan fikirkan bila tiba waktunya...”

Apa yang pasti ada penyokong Les Blues bimbang dengan kemampuan Henry untuk menjejaska­n kempen pasukan negara kelahirann­ya pada aksi separuh akhir.

“Kami sayangkan Henry tapi kita tahu masalah yang beliau boleh lakukan. Beliau sangat bagus dalam melakukan analisis permainan dan untuk Perancis, beliau tahu segala mengenai pemain serta teknikal,” jelas seorang penyokong Perancis di media sosial.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps yang bersara daripada mewakili Perancis pada 2000 turut bersama Henry dalam skuad juara Piala Dunia 1998.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Hazard meraikan kemenangan bersama pembantu jurulatih Henry selepas perlawanan suku akhir menentang Brazil.
[ FOTO REUTERS ] Hazard meraikan kemenangan bersama pembantu jurulatih Henry selepas perlawanan suku akhir menentang Brazil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia