Berita Harian

Hazard paling menyerlah

Bintang Belgium berpeluang cerah rampas gelaran

-

Ketika Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo terkeluar daripada saingan minggu lalu, tempat selaku bintang Piala Dunia 2018 tampak bakal diambil alih oleh pemain Brazil, Neymar.

Namun, penyerang dan tonggak utama Belgium, Eden Hazard dilihat mempunyai peluang cerah merampas gelaran berkenaan.

Dalam aksi di Kazan kelmarin, Neymar turut menyaksika­n kempennya pada Piala Dunia berakhir awal, selepas Brazil yang dibarisi pemain berbakat tetapi lebih mengharapk­an kemahiran individu penyerangn­ya itu, tewas 21 kepada Belgium yang dikemudi Hazard.

Perlawanan separuh akhir menentang Perancis membuka peluang kepada bintang muda Perancis, Kylian Mbappe untuk menjadi bintang utama pada kejohanan ini dan final pula bakal menyajikan pesaing lain, tetapi pada peringkat ini Hazard adalah orangnya.

Perbezaan ketara

Ketika pertembung­an satu lawan satu dengan Neymar, terdapat perbezaan ketara daripada segi sumbangan antara keduadua pemain.

Ramai menyalahka­n pendekatan Brazil kerana terlalu mengharapk­an Neymar untuk menggunaka­n kemahiran individuny­a apabila menerima hantaran, namun hakikatnya sumbangan pemain itu di Russia amat terhad.

Dengan segala bakat dimiliki dan bimbingan jurulatih Brazil, Adenor Leonardo Bacchi atau lebih dikenali sebagai Tite, Neymar menjadi penghalang titik lemah kepada usaha berpasukan Brazil, berbanding Hazard yang membawa hasil berbeza bersama Belgium.

Pemain sayap Chelsea berkenaan memperliha­tkan kemahiran individu yang tinggi ketika aksi menentang Brazil, menggelece­k beberapa pemain lawan untuk menguasai permainan.

Hazard juga dilihat berjaya menetapkan rentak permainan, sering mencetus serangan balas pantas untuk menembusi barisan pertahanan Brazil terutama pada separuh masa kedua.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia