Berita Harian

Neymar risau kembali ke PSG

-

Sochi: Kurang sehari selepas ditunjukka­n jalan keluar dari Piala Dunia oleh Belgium, bintang Brazil, Neymar, berkata pasti sukar untuknya kembali ke kelabnya, Paris St Germain (PSG).

Penyerang kelab gergasi Perancis itu tiba di Russia sebagai seorang bintang paling berpotensi, tetapi dia tidak berada pada tahap terbaiknya sebelum berkata kekalahan 12 pada peringkat suku akhir itu adalah perkara paling buruk dalam karier bola sepaknya.

“Saya boleh memberitah­u kamu ini adalah tempoh paling menyedihka­n dalam karier saya, kesakitann­ya adalah besar kerana kami tahu yang kami boleh pergi jauh, kami tahu yang kami memiliki apa yang diperlukan untuk terus melangkah, mencipta sejarah... tetapi ketika ini, ia tidak berlaku.

“Sukar untuk memperoleh semula kekuatan untuk kembali bermain bola sepak tetapi saya yakin tuhan akan memberikan kekuatan untuk menghadapi apa yang berada di depan saya.

Aksi penuh mendebarka­n

“Amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini, saya amat berbangga dengan semua orang, mereka mengganggu mimpi kami tetapi mereka tidak mengeluark­annya daripada dada dan hati kami,” kata Neymar menerusi laman sosial Instagram.

Brazil tersingkir dalam aksi penuh mendebarka­n di Kazan, sekali gus menamatkan impian juara dunia lima kali itu menambah rekod kemenangan.

Neymar akan kembali ke Brazil untuk menikmati rehat sebelum pulang ke Perancis sebagai persiapan bagi menghadapi saingan Ligue 1 musim depan.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Neymar (tengah) dan rakan sepasukan tidak dapat menerima hakikat pasukannya tewas kepada Belgium.
[ FOTO REUTERS ] Neymar (tengah) dan rakan sepasukan tidak dapat menerima hakikat pasukannya tewas kepada Belgium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia