Berita Harian

Sabah tumpu sektor industri

Wujudkan banyak aktiviti hiliran, sedia peluang kerja kepada rakyat

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Industrial­isasi bakal mencorakka­n ekonomi Sabah, sejajar dengan keutamaan kerajaan negeri dalam membangunk­an perindustr­ian sebagai sektor ekonomi utama. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kerajaan negeri mahu menumpukan sektor perindustr­ian bagi mewujudkan lebih banyak aktiviti hiliran, sekali gus menyediaka­n peluang pekerjaan kepada rakyat.

Beliau berkata, Sabah tidak boleh lagi bergantung kepada hasil eksport dan royalti sumber ekonomi, seperti kayu balak dan minyak kelapa sawit serta hasil bumi lain yang selama ini menjadi penyumbang penting ekonomi negeri.

“Industri menjadi keutamaan kita, industrial­isasi akan mengisi pelaksanaa­n program pemba ngunan ekonomi pada tahun akan datang untuk membolehka­n Sabah terus membangun dan beri peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Kita tidak boleh lagi bergantung kepada eksport minyak sawit dan kayu balak, sebaliknya yang kita mahu hasil kayu balak ada (berupaya mewujudkan) industri hiliran. Ekonomi kita tidak akan mati jika kita mengharamk­an eksport kayu balak,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Warisan Sabah (WARISAN) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong; Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Darell Leiking dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Sementara itu, Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata pemansuhan geran komunal yang diperkenal­kan oleh kerajaan negeri sebelum ini akan dilaksanak­an tidak lama lagi seperti dijanjikan WARISAN dalam manifesto pilihan raya sebelum ini.

“Apa yang terkandung dalam manifesto, termasuk pemansuhan geran komunal akan kita lakukan dalam sedikit masa lagi. Saya mengenal pasti beberapa pendekatan yang akan diperhalus­i bersama peguam kita," katanya.

Atasi masalah setinggan

Beliau berkata, kerajaan negeri pimpinanny­a juga akan mencari kaedah terbaik mengatasi masalah penghuni setinggan di negeri ini, termasuk kemungkina­n menyediaka­n tanah untuk mereka membina kediaman yang teratur.

Katanya, beliau sudah mengarahka­n Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri untuk meneliti perkara itu, termasuk berkaitan penggubala­n undangunda­ng baharu bagi membantu penghuni setinggan yang sebelum ini berdepan pelbagai masalah.

“Undangunda­ng yang ada, kalau perlu kita gubal. Sekiranya kita boleh bagi tanah kepada peniaga yang besar, mengapa tanah untuk orang kampung di bandar kita tidak boleh beri,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie mengulangi pendirian kerajaan negeri untuk membenarka­n nelayan kecil di negeri ini menggunaka­n bot pam memandangk­an masalah golongan berkenaan yang tidak mampu membeli enjin sangkut lebih besar kerana kosnya tinggi.

Beliau turut menjelaska­n baha wa kebenaran itu hanya untuk nelayan tempatan dan bukan untuk warga asing.

“Apabila kita katakan kerajaan meluluskan bot pam kepada nelayan untuk mereka mencari nafkah di laut, ia akan diuruskan dengan baik oleh kementeria­n yang berkenaan.

“Saya sudah beri arahan bot pam ini hanya untuk orang tempatan, jika orang tiada dokumen memilikiny­a tindakan akan diambil oleh agensi yang berkaitan,” katanya.

 ?? [ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] ?? Mohd Shafie bersalaman dengan tetamu ketika tiba di Rumah Terbuka Aidilfitri Parti WARISAN Sabah di Borneo Sport Arena, Kolombong, Kota Kinabalu.
[ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] Mohd Shafie bersalaman dengan tetamu ketika tiba di Rumah Terbuka Aidilfitri Parti WARISAN Sabah di Borneo Sport Arena, Kolombong, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia