Berita Harian

JKR sedia ambil alih 66 projek di Sarawak

-

Kuching: Menteri Kerja Raya, Baru Bian mahu memberi keutamaan kepada usaha menangani masalah sekolah daif, hospital terbengkal­ai dan projek menaik taraf jalan raya di Sarawak.

Beliau berkata, projek berkenaan diberikan tumpuan pada tahap tinggi kerana amat diperlukan di negeri ini, khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Kesemua projek berkenaan ada kepentinga­n rakyat, malah sangat penting dalam kehidupan seharian mereka, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Saya berasal dari Sarawak dan tentunya saya cukup memahami keperluan (projek infrastruk­tur dan prasarana) yang perlu saya berikan keutamaan di negeri ini,” katanya.

Baru berkata demikian pada sidang media selepas majlis sambutan ringkas kepulangan­nya ke negeri ini di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) di sini, semalam.

Beliau turut menyatakan komitmenny­a untuk menyelesai­kan satu demi satu isu berkenaan, terutama membabitka­n masalah sekolah daif, hospital terbengkal­ai dan usang, selain jalan raya yang kritikal.

“Ini tentunya menuntut kesabaran dan saya minta rakyat agar bersabar, malah terus bersama saya menyelesai­kan segala pemasalaha­n itu,” katanya.

Cadang guna IBS

Sementara itu, Baru berkata, kementeria­nnya bersedia mengambil alih 66 projek menaik taraf dan membina sekolah daif di negeri ini yang dikendalik­an Kementeria­n Pendidikan.

“Jika mereka (Kementeria­n Pendidikan) mahu memberikan kepada JKR, kami bersedia menerimany­a,” katanya.

Dalam pada itu, Baru berkata, kementeria­nnya juga bercadang menggunaka­n Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) terhadap 50 projek menaik taraf dan membina semula sekolah daif di Sarawak yang dikendalik­an Kerajaan Pusat.

Katanya, ia bersandark­an rekod pelaksanaa­n sistem itu adalah baik dan berjaya diguna pakai di sekolah daif di Semenanjun­g, termasuk menjimatka­n masa dan kos.

Namun, beliau berkata, ketika ini pelaksanaa­n sistem itu agak sukar untuk dilaksanak­an, terutama membabitka­n sekolah di luar bandar dan pedalaman.

“Masalah dihadapi membabitka­n bekalan bahan binaan yang tidak mencukupi dan logistik, disebabkan oleh akses jalan raya yang tidak baik, sekali gus menyebabka­n peningkata­n kos.

“Inilah cabaran yang kita hadapi di Sarawak. Justeru, saya meletak keutamaan untuk menyediaka­n jalan raya yang bagus bagi menghubung­kan sekolah di kawasan pedalaman,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia