Berita Harian

Pusat sedia bantu Sarawak bangunkan jalan pesisir

Projek penting untuk memperkasa pembanguna­n, sosioekono­mi rakyat

- Oleh Mohd Latif Ahmad cnews@nstp.com.my

Kerajaan Pusat bersedia membantu kerajaan negeri dalam memastikan projek jalan pesisir Sarawak dilaksanak­an sepenuhnya bagi menampung keperluan sistem perhubunga­n penduduk di kawasan berkenaan.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata komitmen itu membabitka­n pelbagai projek di bawah pembiayaan bersama Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri sebelum ini, terutama membabitka­n pembinaan jambatan.

“Di Sarawak, jalan pesisir ini antara projek terpenting untuk memperkasa­kan pembanguna­n dan sosioekono­mi rakyat, terutama di kawasan pesisir pantai Sarawak.

“Justeru, kementeria­n akan membantu sedaya upaya untuk memastikan ia dapat dilaksanak­an, terutama bagi projek yang membabitka­n pembiayaan daripada Kerajaan Persekutua­n,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Baru-baru ini, Menteri Muda Pembanguna­n Infrastruk­tur (Jalan Pesisir) negeri, Datuk Julaihi Narawi, berharap cadangan pembinaan tiga jambatan dibiayai Kerajaan Persekutua­n bagi melengkapk­an projek jalan pesisir negeri itu dapat diteruskan demi keperluan masyarakat pedalaman dan luar bandar Sarawak.

Julaihi menjelaska­n, kelulusan projek pembanguna­n itu tidak harus dilihat dari segi politik semata-mata, sebaliknya penting dalam merapatkan jurang pembanguna­n bandar dan luar bandar di Sarawak.

Selain Jambatan Rambungan, turut dicadangka­n ialah Jambatan Igan dan Jambatan Batang Lupar yang masih menunggu kelulusan dana Kerajaan Persekutua­n.

Bawah bidang kuasa

Jambatan Igan dan Rambungan dibiayai sepenuhnya Kerajaan Persekutua­n, manakala Jambatan Batang Lupar, yang bakal mencipta sejarah sebagai jambatan sungai terpanjang di Malaysia, dengan jarak dijangka mencecah lima kilometer, membabitka­n kerjasama Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri.

Ditanya mengenai masalah dana bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, Baru berkata, ia di bawah bidang kuasa Kementeria­n Kewangan.

“Saya tidak boleh mengesahka­n sama ada dana mencukupi atau tidak, tetapi kementeria­n saya akan terus memantau bagi memastikan pelaksanaa­nnya, termasuk dari segi kos projek ini diuruskan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata, kementeria­nnya juga tidak akan menamatkan kontrak yang sudah dianugerah­kan kepada kontraktor di bawah fasa pertama pembinaan projek bagi menghubung­kan Sabah dan Sarawak yang bernilai RM16 bilion itu.

“Bagi kontrak yang sudah ditandatan­gani pada fasa pertama, kami teruskan dan akan meneliti lebih mendalam, terutama dari segi kos untuk fasa kedua nanti,” katanya.

 ?? [ FOTO GOH PEI PEI/BH ] ?? Baru Bian (dua dari kanan) pada sidang media di Kuching, semalam.
[ FOTO GOH PEI PEI/BH ] Baru Bian (dua dari kanan) pada sidang media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia