Berita Harian

Jawatankua­sa kenal pasti kaedah terbaik

-

Kota Kinabalu: Sebuah jawatankua­sa diwujudkan bagi mengenal pasti kaedah terbaik untuk memastikan hak rakyat Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat diteruskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata beliau sendiri akan mengetuai jawatankua­sa itu sejajar komitmen Kerajaan Pusat untuk melihat semula perjanjian berkenaan seperti dituntut rakyat Sabah dan Sarawak.

“MA63 pasti akan ditunaikan dan saya akan menerajui sebuah pertubuhan (jawatankua­sa) untuk memastikan bukan hanya memproses (mengkaji) MA63, tetapi juga mengenal pasti bagaimana kita dapat meneruskan hak yang ditentukan dalam MA63 untuk manfaat Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Warisan Sabah (WARISAN) di sini, semalam.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Usaha kembalikan hak dua negeri

Vui Keong yang bertanggun­gjawab dalam hal-ehwal undang-undang, mengulas mengenai tuntutan MA63 yang disuarakan rakyat Sabah dan Sarawak, khususnya yang berkaitan usaha mengembali­kan hak kedua- dua negeri seperti dipersetuj­ui dalam perjanjian itu.

Dalam hal berkaitan, beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi, berkata pihaknya akan melihat undangunda­ng sedia ada, khususnya di Sabah bagi mengenal pasti sama ada ia masih relevan diguna pakai pada masa ini.

“Di Sabah banyak undangunda­ng lama yang diperkenal­kan pada zaman British lagi, jadi kita akan kenal pasti undang-undang yang tidak lagi sesuai untuk dimansuhka­n dan menjadikan­nya lebih relevan kepada masyarakat kita di Sabah dan seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Darell Leiking, ketika diminta mengulas tumpuan kementeria­n yang baharu diterajuin­ya, berkata pihaknya akan berusaha membawa masuk lebih banyak industri, khususnya ke Sabah dan Sarawak.

Katanya, langkah itu sejajar dengan tumpuan kerajaan Sabah terhadap pembanguna­n aktiviti hiliran dan perindustr­ian.

“Kita mempunyai perancanga­n untuk Sabah, seperti diulas Ketua Menteri bahawa kita fokus kepada hiliran dan industri. Jadi kita akan bawa banyak industri ke Sabah dan Sarawak, selain di Semenanjun­g,” katanya.

 ??  ?? Liew Vui Keong
Liew Vui Keong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia